Pameran ‘Selangor Golden Triangle’ Anjuran I-Berhad Bantu Rangsang Ekonomi Dan Tingkatkan Keyakinan Pelabur

I-Berhad, pemaju terkemuka bandar ultrapolis i-City akan menganjurkan pameran Selangor Golden Triangle (SGT) pada 1 hingga 4 Oktober 2020 sebagai menerajui usaha meningkatkan keyakinan umum dan membantu merangsang ekonomi negara yang kini sedang berdepan dengan kesan buruk akibat pandemik COVID-19.

Pameran Selangor Golden Triangle dengan tema “The World of Digital Possibilities” yang akan diadakan di Pusat Beli Belah Central i-City bertujuan memperlihatkan transformasi berterusan i-City dan Selangor Golden Triangle di bawah pelan pembangunan 25 tahun sebagai pemangkin kepada perdagangan dan komunikasi di sebalik unjuran semasa prestasi ekonomi yang buruk.

Menurut Pengerusi I-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong, tatkala negara terus memerangi pandemik ini dan rakyatnya cuba menyesuaikan diri dengan normal baharu, beliau percaya Malaysia mampu untuk melepasi kemelut ekonomi untuk kembali berdaya saing di pentas dunia dengan bantuan kerajaan, para pemimpin perniagaan dan juga rakyat Malaysia.

Sebagai sebuah kuasa ekonomi negeri paling progresif, Selangor merupakan penyumbang utama kepada ekonomi Malaysia iaitu mewakili 24% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar. Ia mencatatkan purata pertumbuhan KDNK benar sebanyak 6.8% setahun sejak tahun 2014 hingga 2018.

Selangor juga memiliki modal insan terbesar dengan hampir 24% daripada mereka merupakan pengurus dan profesional, diikuti dengan pekerja perkhidmatan dan jualan 19.6% sekali gus akan menjadi penghalang terhadap sebarang kejutan ekonomi.

Dalam pada itu, menurut Tan Sri Lim, pihaknya akan menjadi peneraju kepada lebih 100 buah syarikat untuk sama-sama mengukuhkan semula ekonomi negara.

Pameran ini akan turut disertai oleh syarikat terkemuka antarabangsa dan tempatan yang akan membuka peluang-peluang dan menawarkan padanan perniagaan serta memajukan bidang kerjasama baharu bagi meraih hasil pendapatan.

Jenama dunia seperti Huawei, HIKvision, SenseTime, Tesla, BMW, Telekom Malaysia, Doubletree Hilton merupakan antara nama-nama besar yang akan menjadikan pameran tahun ini sebagai peluang bagi para pengunjung sama ada orang awam atau komuniti perniagaan untuk mengetahui dan menikmati pengalaman yang luar biasa.

Tan Sri Lim turut memberitahu bahawa penganjuran pameran ini bukan sekadar bertujuan untuk menyatukan minat dan peluang tetapi juga membawa mesej tersendiri dan meraikan daya tahan semangat rakyat Malaysia.

Bagi menjayakannya, Tan Sri Lim berjanji untuk melakukan yang terbaik demi menggerakkan semua pihak dalam masyarakat agar menjadi lebih berdaya tahan dalam mengatasi cabaran dan memastikan tahap ketahanan ekonomi demi kebaikan negara dan rakyatnya.

Sementara itu, pameran ini juga diadakan bertujuan untuk membolehkan pengunjung menyelami pelbagai skop kehidupan mereka di SGT iaitu sebuah bandar digital masa depan yang dilengkapi dengan teknologi pintar ke arah mewujudkan komuniti yang terus berkembang dan bertanggungjawab.

Antara aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan termasuklah taklimat percuma berkaitan kesihatan, cukai, dan harta benda, pemeriksaan kesihatan dan penglihatan, pandu uji kereta pintar BMW dan Tesla yang baharu, pameran patung-patung tokoh dan artis terkenal seperti Mr Bean di  Muzium Lilin Red Carpet 2 dan banyak lagi.

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat, anda boleh hubungi Tang Soke Cheng di talian 012-2050938 / 03-55218866 atau e-melkan kepada [email protected]

Artikel Lain Untuk Di Baca