Paling Kuat Sejak 60 Tahun, 35 Orang Dijangka Terbunuh Dalam Serangan Taufan Hagibis Di Jepun

Pada hujung minggu yang lalu, Taufan Hagibis dilaporkan telah membadai daerah Honshu di Jepun. Menurut laporan, taufan yang mendapat namanya daripada perkataan Filipina yang membawa maksud kelajuan, telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 35 orang maut.

Taufan Hagibis yang berkelajuan 144 kilometer per jam telah menyebabkan berlakunya satu kejadian tanah runtuh pada Sabtu lalu. Kira-kira 376,000 rumah tidak mempunyai bekalan eletrik dan 14,000 yang lain terputus bekalan air.

Kejadian taufan tersebut telah mengejutkan penduduk negara matahari terbit itu kerana ia merupakan taufan yang paling cepat meningkat kelajuannya dalam jangka masa 23 tahun. Taufan Hagibis yang pada mulanya dikesan berada dalam kategori dua telah bertukar kepada kategori lima secara mendadak.

NHK World News melaporkan terdapat sebilangan penduduk yang diselamatkan apabila rumah mereka dinaiki air bah. Sehingga tengahari semalam, lebih daripada 200,000 penduduk sudah terputus bekalan eletrik.

Perdana Menteri Shinzo Abe mengumumkan bahawa satu pasukan khas sudah ditubuhkan bagi mengendalikan kerosakan akibat serangan bencana alam tersebut. Menteri Pengurusan Bencana pula dilaporkan akan terus berurusan dengan kawasan yang terjejas teruk oleh Taufan Hagibis.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga mereka yang dilaporkan terkorban dalam bencana ini. Ucapan takziah turut saya ucapkan kepada mangsa-mangsa yang terkesan,” Perdana Menteri Shinzo Abe berkata.

“Pihak kerajaan akan melakukan segalanya yang boleh bagi mengembalikan semua perkhidmatan dengan kadar segera,” tambahnya lagi,

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca