Pakatan Nasional: Hari Ini Penentuannya?

Ura-ura kerjasama politik baharu di antara UMNO dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dijangka akan dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi yang akan berlangsung pada hari ini.

Menurut laporan Malaysiakini, difahamkan dua mesyuarat akan berlangsung iaitu mesyuarat jawatankuasa politik pada sebelah pagi dan mesyuarat Majlis Tertinggi pada sebelah petang. Menurut sumber dalaman itu lagi, jika tiada apa-apa bantahan daripada Majlis Tertinggi UMNO, kerjasama politik yang hangat dibincangkan pada minggu ini dijangka akan menjadi kenyataan.

Pada Sabtu lalu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam membuat pendedahan mengenai rancangan untuk menubuhkan kerajaan persekutuan yang baru melalui gabungan di antara UMNO dan beberapa parti lain. Beliau turut mendedahkan, gabungan politik baru yang dikatakan akan dinamakan sebagai Pakatan Nasional itu dijangka akan disertai oleh ahli-ahli parlimen daripada UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), sebahagian daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Islam SeMalaysia (PAS) serta parti-parti komponen dalam gabungan Barisan Nasional (BN). 

Menurut Lokman, keputusan mengenai kerjasama politik tersebut akan dibuat dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 7 Februari (hari ini). Dalam siaran langsung itu juga, Lokman berulang kali menegaskan penentangannya terhadap kerjasama politk tersebut.

Pada pilihan raya umum 2018, buat pertama kali dalam sejarah UMNO dan gabungan Barisan Nasional kehilangan kuasa di kerajaan persekutuan kepada gabungan Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Manakala semenjak tahun lalu, isu peralihan kuasa menjadi perbincangan hangat dengan sebahagian pemimpin PH menggesa peralihan kuasa kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditetapkan secepat mungkin.

Untuk baca artikel lain berkenaan Pakatan Nasional, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca