Pakatan Harapan Hilang Majoriti Di Parlimen

Belum sempat rakyat Malaysia dikejutkan dengan peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan 11 Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan untuk keluar daripada Pakatan Harapan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM pada 23 Februari memutuskan untuk keluar daripada Pakatan Harapan.

Tambah Muhyiddin lagi, semua ahli parlimen daripada PPBM telah menandatangani Akuan Bersumpah untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Azmin Ali dalam kenyataan di media sosialnya mengumumkan keluar daripada PKR dan muafakat PH.

Keputusan beliau diikuti oleh 11 Ahli Parlimen lain iaitu Zuraida Kamaruddin, Dato’ Saifuddin Abdullah, Baru Bian, Dato’ Kamaruddin Jaffar, Dato’ Mansor Othman, Dato’ Rashid Hasnon, Dato’ Seri Dr. Santhara Kumar, Ali Biju, Willie Mongin dan Jonathan Yasin.

Dengan keluarnya PPBM dan 11 Ahli Parlimen PKR daripada Pakatan Harapan, ini bermakna kerajaan Pakatan Harapan hanya mempunyai 102 kerusi di Dewan Rakyat dan telah kehilangan majoriti mudah.

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan Pakatan Harapan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca