Pakar Ini Ramal Tiada Kehidupan Normal Hingga Akhir Tahun Depan Akibat Pandemik COVID-19

Makan di restoran, pergi ke konsert atau menonton perlawanan bola sepak di stadium, semua ini menurut seorang pakar perubatan Amerika Syarikat (AS) tidak boleh dilakukan lagi sekurang-kurangnya hingga akhir tahun depan.

Dr. Ezekiel J. Emanuel yang merupakan seorang pakar onkologi di Fakulti Perubatan, Universiti Pennsylvania berkata, hal ini demikian kerana dia meramalkan vaksin COVID-19 hanya akan berjaya ditemui pada penghujung tahun 2021.

“Saya kecewa apabila White House dengan yakin mengatakan yang hidup kita akan kembali normal dalam beberapa bulan ini dan September ini musim bola sepak akan bermula seperti biasa.

“Itu semua tidak akan berlaku,” katanya yang merupakan sebahagian daripada pasukan Obamacare, sebuah akta kesihatan yang diwujudkan semasa era pentadbiran Barack Obama.

“Kita harus mempersiapkan negara. Proses ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya 18 bulan.

“Kita perlu melakukan perubahan besar-besaran, bukan sekadar bagi bantuan untuk beberapa minggu.

“Saya tidak fikir vaksin boleh disiapkan tahun ini. Untuk keselamatan, kita perlu berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga, sekurang-kurangnya sehingga Julai tahun hadapan,” tambahnya.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi perintah kerajaan untuk duduk di rumah dalam mengekang penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel berkenaan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca