Pakar Bedah Di New York Memasang Ginjal Khinzir Pada Pesakit Manusia

Satu langkah yang mengejutkan diambil oleh pakar bedah di N.Y.U. Langone Health: apabila mereka, dengan persetujuan keluarga pesakit, memindahkan ginjal khinzir kepada pesakit mati otak yang masih hidup di ventilator.

Ginjal khinzir tersebut telah diubah secara genetik supaya sesuai untuk dipasang pada pesakit manusia. Mereka kemudiannya mengikuti tindak balas badan pesakit tersebut serta mengambil data berkenaan fungsi ginjal terbabit.

Setelah pembedahan, mereka mendapati bahawa organ tersebut berfungsi dengan normal. Menurut pakar bedah yang mengetuai prosedur itu, ini merupakan satu tonggak sejarah.

“Ini adalah satu kejayaan besar,” kata Dr Dorry Segev, seorang profesor pembedahan transplantasi di Johns Hopkins School of Medicine yang tidak terlibat dalam penyelidikan ini. “Ini adalah satu penemuan yang besar.”

Gambar oleh: Amir Hamja

Dalam satu wawancara, Dr Robert Montgomery, ketua Institut Transplantasi di Universiti New York (NYU), mengatakan, “Ginjal ini berfungsi dengan baik, iaitu ia berfungsi membuang bahan buangan dan membuat air kencing.”

“Yang paling penting, organ ini dapat menurunkan tahap molekul kreatinin yang meningkat pada pesakit sebelum transplantasi. Hal ini merupakan salah satu petunjuk terpenting kesihatan ginjal yang baik.”

Pembedahan yang berlanjutan selama dua jam itu, dijalankan dengan mencantumkan ginjal tersebut pada saluran darah di bahagian atas salah satu kaki pesakit terbabit. Hal ini dilakukan supaya mereka boleh melakukan pemerhatian dan mengambil sampel biopsi.

Gambar oleh: Joe Carrotta/N.Y.U. Langone Health

Pada awalnya, kata Montgomery, pesakit terbabit ingin mendermakan organnya namun tidak kesampaian kerana organ beliau tidak sesuai. Keluarga pesakit turut kecewa apabila diberitahu hal ini.

“Namun, mereka berasa lega dengan adanya peluang lain untuk menderma seperti ini,” katanya.

Eksperimen yang pertama kali dilakukan itu dijalankan selama 54 jam sebelum alat pernafasan pesakit akhirnya ditanggalkan. Beliau meninggal dunia sejurus selesai eksperimen berkenaan.

Masih banyak persoalan yang harus dijawab mengenai akibat jangka panjang operasi ini. Dalam masa terdekat, prosedur ini tidak akan tersedia untuk pesakit lain, kerana masih terdapat banyak masalah perubatan dan peraturan yang harus diatasi.

Namun kata Dr Montgomery, “Seperti angin dan solar, hal ini berpotensi menjadi sumber organ yang berkelanjutan dan boleh diperbaharui.”

Untuk baca artikel-artikel yang berkenaan, anda boleh klik pada pautan bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca