Pakaian Tidak Lengkap Tanpa Kasut, Wanita Ini Anggap Perlakuan Itu Suatu Perkara Kurang Ajar

Sudah menjadi kebiasaan warga Asia di seluruh dunia seperti kaum Melayu, Cina dan India untuk membuka kasut apabila masuk ke rumah. Jadi, apabila ada pelawat, mereka juga sewajarnya melucutkan sepatu sebagai tanda hormat kepada tuan rumah dan budaya mereka.

Namun begitu, seorang wanita bernama Margaret merasakan ia amatlah kurang ajar sekiranya tuan rumah yang mengamalkan budaya membuka kasut di dalam rumah turut meminta pelawatnya melakukan perkara sama. Tidak cukup dengan itu, Margaret bertindak menulis sebuah artikel bertajuk I Think It’s Rude To Ask Guest To Take Off Their Shoes.

Alasan wanita ini cuma satu iaitu pakaian yang dipakai tidak akan lengkap tanpa kasutnya.

Kini, hasil nukilan Margaret sudah tular di media sosial. Akibatnya, wanita itu kini diselar hebat oleh warganet terutama sekali warga Asia di seluruh dunia.

Tidak cukup dengan itu, Margaret turut ‘dihentam’ hebat warganet yang bukan terdiri dari kaum Asia. Rata-ratanya menganggap budaya membuka kasut itu bukanlah sesuatu yang berlaku dalam kalangan warga Asia sahaja. Malah, ada juga yang mengatakan Margaret ialah seorang yang kurang ajar kerana tidak mahu menghormati tuan rumah.

Jadi, apa pendapat anda mengenai artikel penulisan Margaret ini?

Artikel Lain Untuk Di Baca