Siapa sahaja tidak kenal pelakon yang kini sedang rancak menempa nama dalam industri hiburan tanah air, Sarah Hildebrand yang baru sahaja menamatkan zaman bujangnya bersama dengan seorang jejaka kacukan Filipina-Amerika iaitu Otto Gillen.

Baru-baru ini, Sarah yang juga merupakan seorang pengacara itu telah berkongsi beberapa keping foto di laman Instagram yang diambil ketika dia membawa Otto pulang ke kampung halamannya yang bertempat di Kangar, Perlis.

View this post on Instagram

Going to Pasar Nat

A post shared by Sarah Hildebrand (@sarahhildebrand) on

Paling mencuri perhatian warganet adalah penampilan Sarah sendiri yang kelihatan persis gadis kampung.

View this post on Instagram

Cari ikan kering untuk @otto.gillen

A post shared by Sarah Hildebrand (@sarahhildebrand) on

Meskipun hanya mengenakan tudung sarung dan tampil tanpa sebarang solekan, Sarah kelihatan begitu cantik sekali. Tinjauan kami di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata warganet memuji kejelitaan selebriti yang berusia 29 tahun itu.

“Pakai tudung mak cik pun lawa sangat dah,” coret seorang pengguna Instagram.

“Cari ikan kering pun cantik!” tulis pengguna laman itu.

“Muka kalau cantik pakai tudung apa pun cantik,” coret salah seorang pengikut Sarah di Instagram.

“Pakai tudung pasar pun cantik,” puji seorang warganet.

Benarlah apa yang dikatakan rata-rata warganet itu. Kalau dah orangnya cantik, pakai apa pun tetap cantik!

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda