Tular di laman sosial Twitter baru-baru ini apabila seorang instafamous, Asyalliee dikecam warganet apabila mengatakan produk sunscreennya boleh dipakai pada waktu malam.
Posting Asyallie diselar hebat pengguna media sosial yang rata-rata berpendapat memakai sunscreen pada waktu malam itu adalah satu perkara yang sia-sia. Ada yang mengatakan matahari tiada pada waktu malam jadi tidak perlulah memakai produk terbabit sehingga tidur.
Berikut merupakan kecaman yang diterima instafamous Asyallie.
Dia tak guna two fingers rule ke ni lama betul tahan, kena marah dgn skincare twitter baru tahu 😂😂😂
— ssyamira (@ssyamirahassan) October 30, 2019
kot ye nak beli sunscreen sampai rege rm70, baik la beli yang klairs punya ke, krave ke, tentu la jugak 😒
— 💛 (@mardhiahmn) October 30, 2019
Penularan isu berkenaan akhirnya telah sampai ke pengetahuan Asyallie. Instafamous itu telah bertindak menjelaskan hal yang sebenar sambil menambah dia bakal menyaman individu yang menyebarkan perkara berbaur fitnah itu sekiranya posting terbabit tidak dipadam dalam masa terdekat.
Melalui instastory, Asyallie berkata dia sama sekali tidak pernah menyebut sunscreen itu perlu dipakai sehingga masa tidur. Wanita itu turut menambah, pemakaian produk terbabit boleh sahaja dilakukan sekiranya keluar ke pusat beli-belah atau mana-mana sahaja pada waktu malam.
Instafamous yang pernah popular dengan gelaran Syasya Solero itu turut berkongsikan penjelasan seorang pengikutnya di ruangan Direct Message (DM) yang mengatakan lampu pendaflour juga mampu menghasilkan sinaran UV. Jadi, tidak salah sekiranya seseorang itu mahu memakai sunscreen di pusat beli-belah meskipun hari sudah malam.
Apakah pandangan anda mengenai isu ini? Wajarkah sunscreen dipakai pada waktu malam?