Pakai Pelitup Muka Terlalu Lama Boleh Terjadi 5 Punca Masalah Kulit Ini

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, pemakaian pelitup muka sudah menjadi satu kemestian kepada masyarakat setiap kali keluar dari rumah.

Pemakaian pelitup muka jelas bertujuan untuk mengurangkan risiko si pemakai daripada terdedah kepada jangkitan virus COVID-19. Namun, timbul pula masalah yang mengatakan pemakaian pelitup muka berterusan boleh mengakibatkan masalah kulit wajah.

Ada sesetengah individu yang boleh mendapat iritasi atau keradangan pada kulit wajah mereka apabila mengenakan pelitup muka. Apatah lagi jika pelitup muka yang dipakai itu digunakan dalam jangka masa yang agak panjang.

Sebagai contoh, petugas barisan hadapan yang memakai pelitup muka selama berjam-jam sewaktu bertugas. Mungkin kita juga pernah memakainya dengan kadar waktu yang lama seperti sewaktu menaiki kenderaan awam atau ketika di tempat kerja.

Antara punca mengapa keradangan kulit ini boleh berlaku adalah disebabkan kurangnya laluan udara pada wajah yang menyebabkan kelembapan berkumpul pada kulit muka.

Selain itu, geseran antara pelitup muka dan juga kulit wajah juga boleh menyebabkan keradangan.

Berikut adalah lima jenis keadaan atau masalah kulit yang boleh berlaku disebabkan oleh pemakaian pelitup muka:

1. Pelitup muka menyebabkan kulit yang kering menjadi gatal

Pemakaian pelitup muka secara berterusan boleh menyebabkan kulit menjadi gatal dan juga menggelupas.

Jika pelitup muka tersebut diperbuat daripada kapas atau sebarang bahan yang boleh menyerap kelembapan, kulit muka akan menjadi bertambah kering. Ini kerana kain pelitup muka tersebut menyerap minyak semula jadi pada muka anda.

Cara untuk merawatnya:

  • Gunakan pencuci wajah yang bersifat lembut.
  • Selepas selesai mencuci wajah, lapkan muka anda dengan menggunakan kain yang lembut sehingga kering. Jangan sesekali menggosoknya.
  • Setelah itu, gunakan krim pelembap untuk melembapkan kembali wajah anda. Gunakan krim yang mempunyai kandungan ceramidegylcerin dan hyaluronic acid kerana sebatian ini mampu mengekalkan kelembapan kulit.

2. Jerawat

Bagi mereka yang lebih cenderung untuk mendapat jerawat, pemakaian pelitup muka boleh menyebabkan jerawat bertambah dengan lebih banyak.

Ini kerana, bakteria dan mikroorganisma lain boleh berkumpul dan membiak di sebalik pelitup muka yang dipakai itu. Apatah lagi dengan kewujudan kelembapan daripada nafas atau peluh, jerawat akan menjadi lebih mudah terbentuk.

Cara untuk merawatnya:

  • Bagi merawat jerawat yang muncul, gunakan pencuci muka bukan komedogenik (non-comedogenic),¬†iaitu jenis produk penjagaan kulit wajah yang berfungsi menghalang penyumbatan liang pori. Gunakannya sebanyak dua kali sehari.
  • Kurangkan penggunaan pelitup muka dengan cara mengurangkan pergerakan keluar rumah tanpa keperluan mendesak.

3. Rosacea berlaku disebabkan pemakaian pelitup muka

Rosacea adalah satu keadaan di mana saluran darah pada wajah menjadi mengembang atau membesar, lalu menyebabkan pipi, dahi, hidung dan juga dagu menjadi kemerah-merahan.

Antara punca yang menyebabkan rosacea berlaku adalah disebabkan haba atau kepanasan. Apabila anda memakai pelitup muka, bahagian wajah yang terlindung boleh menyebabkan suhu kulit meningkat dan menyebabkan rosacea berlaku.

Cara untuk merawatnya:

  • Terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang boleh didapati di farmasi bagi merawat rosacea. Tetapi ia memerlukan preskripsi daripada doktor terlebih dahulu sebelum membelinya. Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan kepastian berkenaan masalah kulit yang sedang dialami. Selain itu, anda boleh cuba menyejukkan kulit anda dengan merenjis sedikit air sejuk pada kulit kemerahan tersebut.

4. Dermatitis

Pemakaian pelitup muka yang berpanjangan juga boleh menyebabkan kerengsaan kulit yang disebut sebagai dermatitis. Ia biasanya menyebabkan kegatalan, kekeringan, kerengsaan malah kemerahan pada kulit.

Kulit juga mungkin menjadi bersisik atau menggelupas bahkan boleh membengkak.

Cara untuk merawatnya:

  • Bagi kes dermatitis yang sederhana dan tidak serius, anda boleh mengambil ubat antihistamin seperti Benadryl.
  • Boleh juga menggunakan krim steroid topikal seperti krim dengan kandungan hydrocortisone sebanyak satu peratus
  • Gunakan juga jenis pencuci muka yang lembut dan tidak merengsakan kulit.

5. Rasa sakit pada kawasan tertentu seperti di telinga dan juga hidung

Anda pasti boleh bayangkan jika memakai pelitup muka dalam tempoh yang lama, anda akan berasa sedikit sakit atau tidak selesa pada bahagian telinga iaitu tempat di mana tali pelitup tersebut disangkut selain pada hidung.

Rasa sakit yang dialami tersebut disebabkan oleh geseran antara pelitup dan juga kulit wajah anda.

Cara untuk merawatnya:

  • Rehatkan wajah anda daripada memakai pelitup muka buat seketika. Jika anda berada di kawasan yang agak selamat, tanggalkan sebentar pelitup muka untuk memberikan kelegaan pada telinga dan hidung anda.

Bagi mengelakkan anda daripada mengalami keadaan-keadaan seperti berikut, cuba untuk kurangkan pergerakan keluar rumah.

Keluar rumah jika mempunyai urusan-urusan penting sahaja. Apabila anda kurang keluar rumah, maka anda juga tidak perlu memakai pelitup tersebut.

Hal ini akan dapat mengelakkan wajah daripada masalah kulit seperti yang dinyatakan di atas. Mencegah itu ternyata lebih berkesan daripada mengubati.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar duduk di rumah dan mematuhi perintah kerajaan dalam mengekang penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain berkaitan pelitup muka, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca