Seorang jururawat dalam keadaan parah selepas diberikan peralatan pelindung diri (PPE) yang mempunyai bahan kimia.
Olga Ovinnikova mengalami kesan luka terbakar di wajahnya setelah memakai pelitup muka yang diletakkan peluntur.
Kejadian itu berlaku ketika dia bertugas di sebuah hospital bandar Karabanovo di wilayah Vladimir, barat Rusia.
Media tempatan melaporkan bahawa kakitangan di Hospital Karabanovo terpaksa memakai pelitup muka yang sama berulang kali kerana kekurangan bekalan PPE.

Sebelum digunakan semula, pelitup muka tersebut dibasmi kuman dengan peluntur yang mengandungi klorin.
Menurut Olga, kulitnya rosak akibat bahan kimia beracun yang tersisa di pelitup muka setelah dibasmi kuman.
Bagaimanapun, Emmanuil Zdanovsky yang menguruskan hospital berkenaan menolak dakwaan penggunaan peluntur untuk membersihkan pelitup muka.
“Kami tidak menggunakan peluntur untuk membersihakan pelitup muka,” katanya kepada sebuah media tempatan.
Pihak berkuasa mengesahkan sebaliknya dan mendapati banyak pelanggaran dilakukan susulan pemeriksaan ke atas kemudahan peralatan itu.
Untuk baca lebih banyak artikel berkenaan pelitup muka, anda boleh klik pada pautan di bawah: