Kumpulan K-Clique bukanlah sebuah nama yang asing lagi untuk penggemar muzik hip-hop tempatan.
Untuk dijadikan cerita, salah seorang anggota kumpulan tersebut iaitu MK sering menjadi bualan ramai kerana dia suka menggayakan gelang tangan dan rantai emas.
View this post on InstagramDue to personal reasons I will be acting brand new. . 💯📸: @aminzahabidin
A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut) on
Namun, Malaysiakini melaporkan bahawa MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata bahawa dia tahu dan sedar akan hukum menggayakan perhiasan emas.
Walaupun begitu, MK tidak mahu menganggap perkara itu sebagai halangan untuk dirinya terus meminati perhiasan berkenaan.
Jelasnya, “Saya sedar dan tahu (salah di sisi hukum agama), tapi sebab minat, langgarlah (pakai juga). Bagi saya itu perkara biasa. Daripada jadi penipu, baik jadi diri sendiri. Sendiri mau tanggung, keep it real.”

Tambahnya, apa yang dilakukannya itu adalah dosa peribadinya. Dalam erti kata lain, orang lain tiada hak untuk menjatuhkan hukum terhadap dirinya.
Menurutnya, “Kita masing-masing adalah pendosa, jadi ini bukan sebab untuk warganet menjatuhkan hukum.”
Tidak berhenti di situ, penyanyi itu menjelaskan bahawa dia tiada niat untuk mencetuskan provokasi ataupun menunjukkan contoh tidak baik kepada peminatnya.

Menurutnya, “Jika nak katakan saya beri contoh tak baik, ramai lagi artis lain yang selalu berbuat perkara seperti itu tapi mengapa saya yang selalu mendapat perhatian.”
Dalam pada itu, MK menjelaskan bahawa dia hanya memakai barangan kemas itu untuk tujuan persembahan sahaja.
Untuk membaca lebih banyak artikel mengenai K-Clique, anda boleh klik pautan di bawah: