Pakai Baju Tidur Masa Bekerja Boleh Ganggu Kesihatan Mental

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan buat kali kedua pada tahun ini, pasti ada sesetengah yang bekerja dari rumah.

Terdapat satu kajian telah mendapati sesiapa yang memakai baju tidur sambil bekerja dari rumah berpotensi untuk mendapat risiko kesihatan mental.

Menurut CNN Indonesia, kajian dari Jurnal Perubatan Australia melaporkan individu yang memakai baju tidur semasa bekerja boleh mengalami kesihatan mental yang lebih buruk berbanding mereka yang mempunyai anak kecil di rumah.

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik Institut Woolcock itu dilakukan terhadap 163 pekerja di Australia.

“Memakai baju tidur bukanlah punca utama kesihatan mental menjadi teruk tetapi kesan daripada pemakaian itu boleh menjejaskan kesihatan mental,” katanya.

Para penyelidik turut menggalakkan orang ramai memakai baju kerja bagi mengurangkan tahap kemurungan.

Menurutnya lagi, memakai baju tidur semasa hari biasa tidak memberi sebarang kesan tetapi ia berbeza sekiranya dipakai ketika bekerja.

Malah, kajian juga mendapati aspek pemilihan pakaian akan memberi kesan terhadap produktiviti, paten tidur dan kesihatan mental.

Pakar Psikologi, Charlotte Armitage menasihatkan kepada individu yang berkerja dari rumah supaya kekal fokus dan produktif.

Sumber: She Defined

“Sekiranya rutin menukar pakaian di rumah diterapkan, ia bermakna anda sudah bersedia secara psikologi dan menumpukan perhatian terhadap kerja,” tambah beliau.

Untuk membaca lebih banyak artikel lain berkaitan normal baharu semasa PKP, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca