Pakai Baju Kelawar Ke Pusat Pemberian Vaksin, Lelaki Ini Buat Warganet Terhibur

Baru-baru ini, sebuah video TikTok memaparkan seorang lelaki memakai baju kelawar lengkap membawa peralatan mandi di dalam baldi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) menjadi tular di media sosial.

Menerusi tinjauan kami di laman TikTok, orang ramai berasa terhibur dan ada juga yang kagum apabila melihat lelaki berkenaan berani berpakaian seperti itu untuk menerima suntikan vaksin:

Sumber: The Vocket

Day by day, PPV dah jadi macam tempat showcase cosplay dah hahahahahha.”

“Print sempat pula. Bersiap tak sempat.”

“Dia punya confident tu aku respect lah.”

“Hahahhahaha baju kelawar bini jadi mangsa.”

“Elok juga buat macam ni. Happykan petugas barisan hadapan.”

Sumber: TikTok Rizwan

Tidak berhenti di situ, ada juga yang berkata segelintir rakyat Malaysia yang berpakaian kostum membuatkan Pusat Pemberian Vaksin kelihatan seperti tempat showcase cosplay.

Dalam pada itu, ada juga warganet yang mempersoalkan lelaki itu sempat print nota di belakang baju tetapi tidak sempat bersiap untuk ke PPV.

Nota yang tertulis di baju lelaki tersebut ialah, “Tak dan bersiap, bini suruh pi cucuk vaksin (Tak sempat bersiap, isteri suruh saya pergi cucuk vaksin).”

Lelaki itu turut meninggalkan pesanan kepada golongan antivaksin dengan berkata, “Vaksin tidak ada Celcom, Digi dan Umobile. Hanya antibodi untuk kuatkan badan melawan wabak COVID-19.”

@rizwan.99_

🎥:kredit @minazmi_ @kambingcomel8

♬ original sound – Rizwan – Rizwan

Pada waktu artikel ini ditulis, video ini telah menerima 1.6 juta tontonan dan 140,300 tanda sukaan. Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan PPV, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca