Padu Habis! Ini 4 Minuman Bubble Tea Yang Wajib Anda Cuba

Pernah tak anda semua buka Instagram dan rata-rata berkongsi gambar bubble tea yang kini menjadi trend. Memang terliur habis! Berikut kami kongsikan 4 kedai yang anda boleh kunjungi serta minuman bubble tea yang wajib anda cuba:

1. The Alley

The Alley adalah salah satu kedai bubble tea terbaharu di Malaysia. Mereka telah mengolah resipi sirap tebu mereka sendiri untuk memastikan kemanisan yang sempurna. Bukan itu sahaja, mereka juga telah membuat tapioca pearls mereka sendiri menjadikan bubble tea mereka lain daripada yang lain.

Minuman yang patut anda cuba di The Alley adalah Brown Sugar Deerico Fresh Milk. Ia menggabungkan kesemua bahan yang telah dicipta sendiri dengan kombinasi sempurna susu segar, sirap tebu dan tapioca pearls.

2. Tealive

Bagaimana anda menyebutnya? Menurut mereka, ia disebut sebagai ‘ti-hidup’. Jadi, apa yang menarik tentang Tealive? Mereka sentiasa berinovasi dengan mengeluarkan minuman edisi terhad pada setiap bulan. Sebagai permulaan, anda boleh cuba Signature Brown Sugar di Tealive.

3. Royaltea

Royaltea adalah kedai bubble tea yang pertama di Malaysia. Mereka membuat teh sempurna dengan menggunakan teknologi moden dan sedikit daya tarikan tradisional. Daun teh mereka diimport dari Taiwan manakala keju pula dibawa dari Eropah. Anda boleh pesan Royal Cheese Oolong Tea di sini.

4. Chatime

Chatime adalah ‘OG bubble milk tea’ di Malaysia. Anda akan menyukai Chatime kerana mereka mempunyai banyak siri seperti signature milk tea series, chocolate series, iced fruit tea dan banyak lagi! Anda boleh cuba Jelly Roasted Milk Tea di sini.

Penulis

  • Nur Syaidatul Asyiqin Mohamad Sabri adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca