Padam Semua Gambar Di Instagram, Ini Penjelasan Jungkook BTS

Baru-baru ini peminat kumpulan BTS yang digelar ARMY mendapat kejutan apabila artis kesayangan mereka iaitu Jungkook telah memadam semua gambar dan video di Instagram peribadinya.

Kemudian pada 1 Jun, Jungkook akhirnya mendedahkan punca dia bertindak untuk padam semua gambar dan video yang pernah dimuat naik semenjak membuka akauan Instagram peribadinya tahun lalu.

Rupa-rupanya anggota kumpulan termuda kumpulan BTS berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan susun atur gambar akaun Instagram miliknya.

Malah, Jungkook telah beberapa kali memadam gambar untuk menjadikan halaman akaun Instagramnya kelihatan tersusun dan cantik.

Tidak seperti sebelum ini, artis K-Pop tersebut memaklumkan terlebih dahulu kepada peminatnya untuk memadam semula gambar-gambar yang telah dimuat naik.

Sumber: Allkpop

Menerusi perkongsian terakhirnya iaitu klip video dari rancangan komedi Korea Selatan, dia merasakan perkara ini sangat menggelikan hati.

Namun begitu, dia meminta izin terhadap ARMY untuk memadam semua sekali lagi kerana dia benar-benar ingin mencantikkan halaman Instagramnya.

Sumber: Instagram @jungkook.97

Selepas berulang kali memadam gambar, akhirnya Jungkook telah memuktamadkan dengan menyelaraskan gambar-gambarnya di bahagian tengah.

Halaman akaun Instagram milik Jungkook kini kelihatan lebih teratur dan menarik.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca