Padah Tayang Gari Sambil Pandu Melulu, Pemandu Proton Persona Ini Diburu Polis

Satu video berdurasi tiga minit menimbulkan kemarahan orang ramai baru-baru ini apabila ia memaparkan seorang pemandu Proton Persona menunjukkan gari secara tiba-tiba sambil memusing-musingkannya dengan membuka tingkap kereta ketika memandu.

Sekiranya menonton video tersebut, anda dapat melihat pemandu Proton Persona itu cuba menukar lorong tanpa memberikan signal. Oleh sebab tidak diberikan ruang untuk menukar lorong, dia telah memecut dari arah kiri sebelum menurunkan tingkap dan melambaikan gari sambil memandu,

Sumber: The Vocket

Ketua Polis Daerah Dang Wangi iaitu Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya mengesahkan menerusi hantaran di laman Facebook bahawa pihaknya mengesan satu video tular berdurasi tiga minit yang menunjukkan wujud perselisihan faham melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Sumber: Facebook Polis KL

“Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi telah menjalankan pengesanan ke atas individu terlibat sebaik sahaja video tersebut tular. Siasatan akan dijalankan berkenaan insiden itu.

Pihak polis memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini tampil bagi membantu siasatan. Kita nasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan apa-apa perkara dan tindakan yang menyalahi undang-undang,” ujarnya.

Untuk pengetahuan semua, Carlist.my melaporkan Proton Persona berwarna perak tidak semestinya kereta polis. Ini kerana Proton Persona perak merupakan kereta disewa dari Spanco dan ia digunakan oleh pelbagai jabatan kerajaan termasuklah Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca