Padah Silap Rompak, Lelaki Ini Cedera Teruk Dibalun Nenek Usia 82 Tahun Guna Meja

Seorang penyangak mendapat pengajaran yang setimpal apabila dia teruk dibelasah tuan kepada rumah yang sedang dicerobohinya. Lebih malang apabila wanita tua berusia 82 tahun yang cuba dirompaknya sebenarnya merupakan ahli bina badan.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada hari lewat petang Khamis lalu ketika Willie Murphy, 82, sedang bersiap untuk tidur. Menurutnya, dia terdengar bunyi ketukan pada pintu dan terlihat suspek berada dalam kesakitan.

Menurut laporan WHAM, Willie berlalu meninggalkan tertuduh di hadapan rumahnya untuk menelefon ambulans. Tidak lama selepas itu, Willie berkata dia terdengar bunyi ketukan yang amat kuat sebelum suspek berjaya memecah masuk.

Willie, bagaimanapun, tidak terus lari untuk menyembunyikan dirinya.

“Saya berseorangan dan sudah tua. Namun, saya kuat,” ujar Willie.

Sejurus selepas suspek memecah masuk, Willie dilaporkan segera mengangkat sebuah meja dan membelasah tertuduh menggunakan perabot berkenaan sehingga pecah.

Difahamkan, Willie tidak berhenti sahaja di situ. Wanita tua berkenaan kemudiannya mengambil sebotol syampu sebelum menuang segala kandungannya ke atas muka tertuduh. Suspek yang kesakitan terus dibelasah lagi dengan menggunakan sebatang penyapu.

Pihak polis tiba di lokasi kejadian tidak lama selepas itu. Difahamkan, ketika ditemui, tertuduh berada dalam keadaan lencun dan tidak bermaya ekoran dibalun oleh Willie. Penyangak terbabit segera dikejarkan ke hospital selepas itu.

Anggota polis yang tiba di lokasi sempat mengambil gambar bersama-sama nenek berani itu dan memuat naik foto berkenaan ke laman sosial twitter Rochester NY Police.

Jadi, pengajarannya di sini, berhentilah merompak kerana perbuatan itu tidak mendatangkan apa-apa faedah yang baik. Malah, jika tersalah pilih mangsa, si penyangak akan teruk dibelasah seperti suspek di atas.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca