Padah ‘Posing Maut’ Rai Tamat Perintah Berkurung, Wanita Ini Akhirnya Jatuh Dari Tebing 35 Meter

Ketika sedang mengambil gambar bagi meraikan berakhirnya perintah berkurung di Turki, seorang wanita maut akibat terjatuh dari sebuah tebing pada ketinggian 35 meter.

Kejadian yang menimpa Olesya Suspitsyna dari Kazakhstan itu disaksikan oleh seorang rakan perempuan yang mahu mengambil gambarnya.

Insiden yang berlaku di Antalya Barat Daya, Turki pada Ahad lalu susulan keputusan kerajaan yang menarik balik perintah berkurung di bandar berkenaan berikutan penularan wabak COVID-19.

Menurut laporan, mangsa berusia 31 tahun itu bersiar-siar di kawasan pelancongan yang terkenal dengan keindahan pemandangan air terjun.

Olesya kemudian memutuskan untuk mengambil gambar ‘berani mati’ di tepi tebing dengan latar belakang air terjun.

Dia memanjat pagar keselamatan dan mula beraksi untuk gambarnya dirakamkan.

Bagaimanapun, Olesya kemudian tergelincir di atas rumput sebelum hilang keseimbangan dan terjatuh dari tebing setinggi 35 meter hingga maut.

Rakannya kemudian terus menghubungi perkhidmatan kecemasan selepas insiden itu.

Mayat Olesya dijumpai dan ditarik keluar dari kawasan air terjun dengan bantuan pasukan penyelamat.

Sebelum ini, kami pernah kongsikan kisah yang hampir sama seperti cerita di atas. Untuk baca artikel tersebut dan artikel-artikel lain, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca