Seorang lelaki menyertai dua perogol untuk memperkosa gadis berusia 16 tahun telah dibelasah teruk oleh warga sebuah kampung di India.
Perogol bernama Mohamad Nazim, 20 tahun telah ditangkap oleh penduduk Selatan Uttar Pradesh sejurus selepas tindakan jahatnya diketahui oleh seorang lelaki yang merupakan warga di tempat kejadian berlaku.
Lebih parah lagi, Nazim didakwa merogol gadis itu bersama-sama dua orang lelaki yang dipercayai merupakan adik-beradik iaitu Mohamad Chotka dan Mohamad Badka.
Tragedi itu bermula sewaktu gadis tersebut dalam perjalanan membeli makanan di kampung sebelah ketika menelusuri jalan yang berkebun. Namun, malang tidak berbau apabila remaja ini tiba-tiba diheret ke semak sebelum diserang oleh sekumpulan pemuda berkenaan.
Mangsa berasa lebih terkesan apabila dia bukan sahaja diserang untuk diratah oleh tiga pelaku itu. Malah, lelaki berkenaan turut merakam perbuatan terkutuk tersebut.
Beruntungnya, seorang warga desa di situ secara kebetulan terlihat kejadian tersebut dan bertindak menyerang perogol berkenaan.
Keadaan Nazim dilaporkan teruk apabila dia dibelasah beramai-ramai oleh warga kampung menggunakan kepingan kayu besar. Tidak cukup dengan itu, dia juga dipukul, ditendang dan ditumbuk berkali-kali sebelum tewas lalu rebah ke tanah.
Difahamkan bahawa perogol kini berada di bawah tahanan pihak berkuasa. Manakala, kedua-dua lelaki lain sedang diburu oleh pihak polis.
Selain itu, kes berkenaan turut melibatkan beberapa pegawai polis yang tugasnya digantung akibat meremehkan laporan yang dibuat oleh mangsa.
Mereka kini berhadapan dengan dua pertuduhan kerana enggan membuka fail bagi kes tersebut dan menuduh mangsa mereka cerita tanpa siasatan dijalankan terlebih dahulu.
Pihak berkuasa kini telah membuka kasus berkenaan dan membawa mangsa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.