Padah Mengejek Rakan, Pelajar Tahfiz Ini Disumbat Najis Kucing Dan Disimbah Air Panas

Selepas insiden kebakaran bangunan asrama pada 2017 yang mengorbankan 23 nyawa, Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah sekali lagi menjadi perhatian apabila seorang pelajarnya dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat melecur disimbah air panas.

Dalam kejadian 16 October lalu, mangsa berusia 13 tahun yang baru enam bulan belajar di tahfiz itu mendakwa menjadi mangsa buli sehingga menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kebakaran HKL selama 10 hari.

Mangsa mendakwa disimbah air panas ketika sedang tidur kira-kira jam 4 pagi di asrama tahfiz berkenaan hingga menyebabkannya melecur di bahagian badan dan paha kiri.

“Dulu masa bulan tiga, kami pernah bergaduh. Dia suka kacau saya, jadi saya mampu ejek dia sebab nak lawan balik tak boleh, dia kuat.”

“Petang Isnin lepas Asar, dia panggil saya pergi tingkat bawah asrama. Lepas itu dia tumbuk muka saya. Dekat tingkat bawah ini memang selalu ada kucing berak. Dia ambil tahu kucing, lepas itu dia sumbat dalam mulut saya.

“Pagi Rabu waktu tengah tidur, tiba-tiba ada orang tumbuk saya. Lepas itu, saya terkejut sebab simbah air panas,” kata mangsa ketika ditemui di HKL semalam.

Ibu mangsa, Siti Satariah Ahmad, 36, berkata, anak kedua daripada empat adik beradik itu melecur 13 peratus dan perlu menjalani fisioterapi apabila tulang sendi bahu terjejas akibat insiden berkenaan.

“Pada Mac lalu, anak saya pernah lari dari tahfiz pada jam 1 pagi kerana tidak tahan menjadi mangsa tumbuk dan dikacau.

Ibu kepada mangsa berkata, dua hari sebelum insiden simbah air panas dia ke tahfiz untuk berjumpa sekejap dengan mangsa, dia dapati ada kesan lebam tepi mata kiri dan mangsa kata kena pukul.

“Saya maklumkan kepada pengetua dan pengetua memberitahu dia akan selesaikan perkara tersebut. Saya cuba menghubungi ibu bapa pelaku melalui WhatsApp dan sedia untuk berjumpa pada malam esok tetapi mereka tidak datang pun,” katanya.

Siti Satariah berkata bahawa pelaku menerima hukuman rotan di hadapan pelajar lain.

“Selama 10 hari anak saya di unit rawatan rapi (ICU), tiada seorang ustaz dari pusat tahfiz datang tengok.
Lebih RM400 bil hospital yang kami tanggung sendiri,” dakwanya.

Siti Satariah berkata bahawa keluarga pelaku menawarkan kos ganti rugi sebanyak RM3,000 namun dia dan suami mahu menuntut keadilan untuk Yusof melalui pembicaraan di mahkamah.

Sebelum ini, Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifiqiah, Muhammad Zahid Mahmod telah menjelaskan bahawa insiden berkenaan berlaku disebabkan oleh salah faham antara dua pelajar dan bukannya kes buli.

Muhammad Zahid turut mendakwa bahawa ia hanya melibatkan sebekas air panas tanpa mengakibatkan mangsa melecur selain ibu bapa pelajar terbabit bertemu untuk berbincang.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca