Padah Mencuri Raja Segala Buah, Mulut 2 Lelaki Ini Disumbat Dengan Kulit Durian

Tindakan dua orang lelaki mencuri buah durian di sebuah dusun di Kampung Berchat, Lubuk Gajah, Changkat Jering dekat Taiping, Perak menerima padah apabila mereka ditangkap oleh pemilik kebun dan penduduk kampung. Kejadian ini dilaporkan berlaku pada awal pagi kelmarin.

Sumber: Harian Metro

Sebagai balasan, penduduk kampung bertindak menyumbat mulut kedua-dua pencuri itu dengan kulit durian sebelum mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping iaitu Asisten Komisioner Osman Mamat, dalam insiden yang berlaku sekitar jam 3 pagi itu, pemilik kebun yang berusia 69 tahun bersama dua lagi rakannya pergi ke kebun di kampung berkenaan untuk mengutip buah durian .

Kata Osman Mamat, sebaik sahaja tiba di situ, mereka ternampak kenderaan Toyota Hilux serta melihat kelibat dua orang lelaki mencuri durian di dusun itu sebelum ditangkap dengan bantuan penduduk kampung.

Sumber: Harian Metro

“Hasil siasatan polis mendapati kedua-dua suspek berusia 28 dan 30 tahun itu mengambil kesempatan memasuki kebun penduduk pada awal pagi dan mengutip durian yang luruh.

Pemeriksaan pada but kenderaan menemui raga yang mengandungi 30 durian berharga kira-kira RM500, dipercayai dicuri dari kebun pemilik,” kata Osman Mamat seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Menurut beliau lagi, tangkapan bersama barangan kes dibawa ke Balai Polis Changkat Jering dan suspek direman selama tiga hari sehingga 16 Jun ini.

“Polis juga menjalankan siasatan sama ada suspek mempunyai hubung kait dengan beberapa kes kecurian lain yang dilapor berlaku di sekitar Taiping.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan siasatan lanjut masih diteruskan,” kata beliau lagi.

Sumber: The Star

Untuk baca artikel-artikel lain berkenaan raja segala buah, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca