Padah Memasak Di Dalam Kereta Api, 73 Maut Terbakar

Sejumlah 73 penumpang telah dilaporkan maut pada Khamis apabila sebuah kereta api terbakar di Pakistan.

Kejadian itu berlaku apabila tangki gas meletup ketika penumpang sedang masak untuk menyediakan sarapan itu turut mencederakan 40 orang lain.

Dalam kejadian yang berlaku berhampiran bandar Rahim Yar Khan di selatan wilayah Punjab mendapati tiga gerabak kereta api musnah dalam perjalanan dari Karachi ke Rawalpindi.

Tragedi ini merupakan kebakaran paling teruk yang menjejaskan sistem kereta api Pakistan dalam tempoh 15 tahun.

“Api menjadi semakin marak dengan adanya minyak tanah dan penumpang di dalam kereta api yang bergerak,”¬†kata Menteri Kereta Api Pakistan Sheikh Rashid Ahmed, kepada Geo TV.

Menurutnya, kebanyakan kematian berpunca daripada percubaan orang ramai untuk terjun dari kereta api yang sedang bergerak.

Berhubung siasatan insiden itu masih dijalankan dan tidak semua mangsa dikenal pasti.

Rashid berkata, membawa masuk peralatan memasak ke dalam kereta api untuk menyediakan makanan ketika dalam perjalanan yang panjang merupakan masalah biasa.

Menurutnya, sebelum kebakaran itu berlaku, konduktor kereta api telah mengarahkan beberapa penumpang untuk berhenti masak tetapi mereka tetap berdegil malah mengabaikan arahannya.

Bagaimanapun, beberapa orang yang terselamat mempercayai kebakaran itu berlaku akibat litar pintas dalam sistem elektrik kereta api itu.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca