Padah Memakai Gigi Daun Gear Di Zakar, Lelaki Ini Terpaksa Minta Bantuan Abang Bomba

Betul-betul cari padah, seorang lelaki terpaksa melalui detik yang mencemaskan apabila gigi daun gear iaitu alat komponen enjin motosikal yang dipakaikan pada zakarnya gagal untuk ditanggalkan.

Pada mulanya, lelaki berkenaan datang ke Balai Bomba Sunggai Durian di Kuala Krai, Kelantan bagi mendapatkan bantuan sekitar jam 3 petang Selasa.

Menurut ketua balai bomba tersebut iaitu Muhammad Rizwan Ar-Rafee Parsimin, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.14 petang berkenaan insiden yang menimpa lelaki itu dan ketika itu, dia sudah pun berada di depan balai.

Ketua Operasi iaitu Mohd Razani Mamat berserta lima anggota bomba lain melakukan pemeriksaan awal ke atas lelaki berusia 34 tahun itu dan mendapati bahawa kemaluannya sudah mula membengkak.

Oleh sebab itu, lelaki berkenaan segera dikejarkan ke Hospital Kuala Krai.

“Seterusnya kita membuat size-up di lokasi serta mengarahkan pasukan operasi bertindak bersama pihak hospital untuk membuka daun gear di kemaluan mangsa menggunakan peralatan L-Ring Cutter.”

“Alhamdulillah operasi berjaya selepas mengambil masa selama lebih kurang 20 minit, alat itu dibuka dengan selamat,” katanya.

Tambahnya lagi, mangsa yang merupakan penduduk tempatan itu kemudiannya diberi rawatan lanjut di hospital tersebut.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca