Padah Gelar Warganet ‘Kampung.Com,’ Sharifah Zarina Terima Kecaman Hebat

Ketika ini, perbalahan antara artis dan warganet begitu hangat gara-gara tersebarnya mesej perbualan Telegram di mana artis didakwa memperlekehkan warganet dengan menghina mereka memiliki IQ rendah dan ibarat lembu dicucuk hidung.

Di sebalik ‘peperangan’ itu, nampaknya timbul pula isu baru apabila penyanyi, Sharifah Zarina melabelkan segelintir warganet yang sering mengutuk artis sebagai ‘kampung.com’ dan tidak berpendidikan.

Kenyatannya itu yang dibuat menerusi ruangan komen di Facebook mengundang kemarahan banyak pihak. Rata-rata warganet menyifatkan tindakan Sharifah Zarina itu sangat biadab.

Enggan isu tersebut berlarutan, penyanyi itu tampil memohon maaf jika dia ada menyinggung hati mana-mana pihak.

Tambahnya lagi, dia didatangi mimpi mengenai hari kiamat dan bimbang sekiranya tidak sempat memohon maaf kerana ajal dan maut bakal menjemput pada bila-bila masa sahaja.

Meskipun sudah membuat permohonan maaf, masih ada warganet yang tidak berpuas hati dan terus mengecam dirinya.

Menurut mereka, Sharifah Zarina harus sedar, tanpa sokongan peminat, para artis tidak boleh menempa nama dan terus kekal dalam industri hiburan.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan industri hiburan Malaysia, sila klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca