Padah Ejek Teman Wanita Makin Gemuk, Lelaki Ini Akhirnya Ditikam Sampai Mati

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa, itulah pepatah yang paling sesuai untuk menggambarkan nasib seorang lelaki ini yang tidak semena-mena ditikam sampai mati gara-gara mulutnya.

Mangsa dipercayai ditikam oleh teman wanita sendiri selepas memberitahu suspek kelihatan makin gemuk. Sebaik sahaja mendengar apa yang diperkatakan kekasihnya itu, wanita tersebut hilang pertimbangan lalu bertindak menikam mangsa meggunakan gunting sehingga mati.

Dalam insiden yang berlaku di wilayah Henan, China pada Khamis lalu, suspek dipercayai mengajak mangsa untuk makan aiskrim namun apa yang keluar daripada mulut mangsa itu menyebabkan wanita tersebut bertukar menjadi singa.

“Kamu sudah gemuk,” demikianlah perkataan yang dilontarkan suspek kepada mangsa.

Insiden tragis itu berlaku di sebuah kaki lima dan turut disaksikan orang ramai. Mangsa dilaporkan maut selepas ditikam sebanyak empat kali.

Suspek yang turut mengalami kecederaan ringan pada pergelangan tangan dikatakan cuba untuk melarikan diri namun berjaya ditahan pihak polis.

Artikel Lain Untuk Di Baca