Padah Curi Rakam Wanita Buang Air, Lelaki Ini Menjadi Buruan Polis

Sebuah kejadian berlaku di sebuah stesen minyak Taman Desa Cemerlang, Johor Bahru pada 24 Ogos yang lalu.

Peristiwa ini melibatkan seorang lelaki yang bertindak merakam wanita ketika menggunakan tandas awam tersebut. Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah, pesalah sehingga kini belum dapat ditangkap.

Namun demikian, pihak beliau amat yakin bahawa pesalah dapat ditahan dalam tempoh terdekat.

Kronologi kasus tersebut bermula apabila pengadu mendakwa bahawa terdapat seseorang merakam isterinya sewaktu membuang air dari arah bawah yang bersebelahan dengan tandas tersebut.

Mengetahui isterinya diperlakukan begitu, pengadu bertindak untuk menunggu di hadapan pintu tandas wanita tersebut. Sejurus selepas lima minit menanti, terdapat seorang lelaki keluar dari tandas berkenaan.

Pengadu kemudiannya menegur lelaki berkenaan namun suspek dikatakan sempat melarikan diri sewaktu dihadapkan ke pihak pengurusan stesen minyak tersebut.

Walau bagaimanapun, isteri pengadu berjaya merakam video suspek bersama-sama nombor pendaftaran kenderaan yang dinaikinya iaitu Perodua Myvi Kelabu. Difahamkan bahawa segala butiran tersebut telah diserahkan kepada pihak berkuasa.

Difahamkan bahawa siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan suspek dalam buruan pihak berkuasa.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca