Padah Bercumbu Dalam Kereta, Pasangan Kekasih Ini Hampir Lemas Terbabas Dalam Longkang

Baru-baru ini, kemalangan jalan raya yang melibatkan seorang penunggang motosikal berlaku gara-gara dirempuh oleh sebuah kereta.

Lebih mengejutkan apabila pemandu kereta berkenaan iaitu seorang pemuda berusia 19 bersama dengan kekasihnya, 25 tahun sengaja membawa kereta dengan laju kerana ingin melarikan diri daripada pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata bahawa sebelum kejadian berlaku, polis sedang melakukan pemeriksaan ke atas kereta yang berada di lorong kecemasan lebuh raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dekat Butterworth.

Jelasnya lagi, pasangan kekasih ini didapati sedang bercumbu di dalam kereta. Menyedari kehadiran polis, mereka berasa ketakutan lalu bertindak memecut kenderaan yang dipandu menghala ke arah Plaza Tol Bagan Ajam arah Sungai Dua agar dapat melarikan diri.

Selain daripada merempuh sebuah motosikal, pemandu turut dilaporkan telah melanggar tol di sekitar lebuh raya berkenaan. Kenderaan itu kemudiannya hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang berhampiran lebuh raya bersama-sama dengan penunggang motosikal berkenaan.

Penunggang motosikal itu dilaporkan mengalami kecederaan parah dan kini menerima rawatan lanjut di Hospital Seberang Jaya. Kedua-dua suspek yang nyaris lemas pula telah diselamatkan dan dikeluarkan oleh pihak berkuasa daripada tenggelam dalam longkang tersebut.

Kedua-dua pasangan yang merupakan pelajar di sebuah institut kemahiran kemudiannya ditahan oleh pihak berkuasa dan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca