Search
Close this search box.

Pada 19 Februari Ini, Lost World Of Tambun Dibuka Secara Percuma Kepada Orang Ramai

Berita baik untuk orang Ipoh, warga negeri Perak dan seluruh rakyat Malaysia kerana taman tema Lost World Of Tambun (LWOT) akan membuka pintunya secara percuma kepada orang ramai pada 19 Februari (Selasa) ini. Ia bersempena dengan hari Chap Goh Meh yang disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina yang akan diadakan tidak lama lagi.

Menurut Menteri Besar Perak iaitu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, beliau berkata orang ramai boleh masuk secara percuma bermula pada pukul 2 hingga 5 petang untuk merasai pengalaman meraikan sambutan perayaan berkenaan di salah satu taman tema air terkenal di negara ini.

“Saya mengajak semua rakyat tidak kira bangsa, kaum dan agama supaya datang beramai-ramai datang sambil meraikan Tahun Baru Cina. Anda semua boleh mandi-manda dan melihat binatang-binatang yang terdapat di taman tema tersebut. Kita akan beri makanan, minum, limau mandarin dan ‘ang pow’,” Ujarnya.

Difahamkan, pemilihan taman tema itu bertepatan dengan usaha kerajaan negeri memperkenalkan lokasi pelancongan kepada rakyat Perak. Terdahulu, sambutan majlis rumah terbuka Aidilfitri 2018 telah diadakan di Movie Animation Parks Studio (MAPS).

Terdapat 7 tarikan di LWOT iaitu Taman Tema Air, Amusement Park, Petting Zoo, Tiger Valey, Tin Valley, Adventure Park dan Lost World Hot Springs & Spa. Namun begitu, terdapat juga tarikan terbaru untuk semua pengunjung iaitu Luminous Forest.

Keistimewaan taman tersebut adalah dilimpahi cahaya pada waktu malam seakan-akan dalam filem Avatar yang menggambarkan satu perkampungan Orang Asli serta menjadi tempat tinggal kaum Malayana yang pernah mendiami Hutan Batu Kapur, Tambun.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca