P. Waytha Moorthy Sokong Pembentukan Kerajaan Tidak Memihak Mana-Mana Parti

Bekas Menteri Perpaduan di Jabatan Perdana Menteri, Senator Waytha Moorthy berkata, pembentukan kerajaan dengan barisan Kabinet yang seimbang merupakan pendekatan terbaik dalam memastikan rakyat Malaysia benar-benar mendapat perwakilan yang seimbang.

Menurut beliau lagi, barisan Kabinet yang terdiri daripada ahli politik, pemimpun masyarakat dan pemimpin agama serta pakar-pakar ekonomi dapat merealisasikan aspirasi Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mewujudkan kepimpinan negara yang benar-benar inklusif dalam memacu agenda Malaysia yang lebih kukuh.

Ujar Waytha lagi, langkah terbaik dalam membina sebuah negara yang semakin memperakui sumbangan setiap peringkat masyarakat, memilih barisan kepimpinan yang benar-benar mencerminkan suatu Kabinet rakyat adalah langkah terbaik yang harus dilakukan.

Beliau juga yakin Dr. Mahathir Mohamad dapat membuat pilihan yang tepat dalam memilih pemimpin masyarakat dan agama termasuklah pakar-pakar dalam bidang politik dan ekonomi yang dirasakan terbaik bagi memacu aspirasinya.

Senator Waytha juga bersetuju bahawa idea Tun Dr. Mahathir ini merupakan satu jalan penyelesaian terbaik demi memastikan kestabilan dan keharmonian negara.

Untuk membaca artikel lain berkaitan kemelut politik di Malaysia, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca