Outfit Oversized? 4 Inspirasi Gaya Ini Layak Jadi Perhatian

Ramai yang menganggap outfit slimfit selalunya boleh membuatkan mereka tampil lebih bergaya berbanding pilihan baju yang oversized. Tahukah anda, anda boleh kelihatan lebih menawan dan bergaya dengan outfit oversized kalau kena caranya?

Selain itu, baju oversized juga lebih mudah untuk dipadankan kerana anda tidak memerlukan aksesori berlebihan untuk kelihatan lebih menarik. Hanya dipakai polos saja dan ia ternyata lebih outstanding.

Berikut ini adalah 4 inspirasi gaya yang boleh anda padankan dengan outfit oversized. Ia pasti akan membuatkan anda kelihatan lebih edgy dan stylish.

1. Sweater

Fashion item ini sering dipakai pada musim sejuk atau antara pakaian pilihan ketika sakit (demam). Namun kalau anda bijak menggayakannya, sweater boleh saja menjadi outfit kasual yang sesuai digayakan dengan gaya chic dan santai. Anda boleh padankan oversized sweater dengan legging atau skinny jeans. Nah, percayalah anda akan lebih kelihatan santai dan selesa ketika memakainya.

2. Jaket Denim

Salah satu cara yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan gaya yang stylish adalah dengan mengenakan item fashion – Jaket. Anda boleh bergaya hippie dengan memilih dress yang dipadankan bersama jaket denim oversized. Ia akan membuatkan anda kelihatan cantik dan fashionable.

3. Boyfriend Jeans

Boyfriend Jeans pertama kali dipopularkan oleh Marilyn Monroe pada tahun 1960an. Trend ini pernah tenggelam dan terbaru ia muncul kembali sekitar tahun 2005. Potongan seluar jeans ini sama seperti potongan jeans lelaki. Oleh sebab itu, ia tampil dengan gaya sedikit boyish. Walaupun outfit ini kelihatan oversized tetapi ia sesuai untuk semua bentuk tubuh si pemakai. Pilihan t-shirt bersama boyfriend jeans cukup membuatkan anda lebih bebas bergerak kerana bentuknya yang lurus dan berukuran sedikit longgar.

4. Kemeja Putih

Jika anda memiliki kemeja putih yang oversized, jangan bimbang. Anda boleh memanfaatkannya sebagai dress. Untuk penampilan yang lebih manis, gayakan bersama high heels.

Ternyata outfit oversized akan tampak lebih outstanding dan menawan dengan adanya kreativiti dalam berfesyen. Sebenarnya mudah saja, kan? Sekiranya anda tahu cara untuk mix & match gaya anda, pasti anda akan kelihatan elegan dan tampil lebih yakin.

Apa tunggu lagi girls? Selamat mencuba.

Foto: Google

Artikel Lain Untuk Di Baca