Osteogenesis Imperfecta, Penyakit Yang Boleh Menyebabkan Tulang Anda Patah Hanya Dengan Batuk Atau Bersin

Boleh anda bayangkan bagaimana rasanya apabila tulang anda patah setiap kali anda batuk atau bersin? Ngeri bukan? Namun bagi penghidap penyakit Osteogenesis Imperfecta, perkara berkenaan merupakan sesuatu yang normal dalam kehidupan seharian mereka.

Osteogenesis Imperfecta merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan para penghidapnya mengalami simptom tulang rapuh. Penyakit ini boleh dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu:

 

Jenis Pertama: Paling sering dijumpai dan biasanya diwarisi secara keturunan.

  • Tulang senang patah
  • Biasanya terjadi sebelum baligh (wanita dewasa akan mengalami keretakan tulang selepas menopaus)
  • Boleh dikesan melaui sejarah keluarga
  • Garis kebiru-biruan pada anak mata putih
  • Masalah gigi
  • Masalah pendengaran bermula di usia 20an atau 30an

Jenis Kedua: Jenis paling merbahaya.

  • Biasa menyerang bayi baru lahir
  • Kesan daripada mutasi gene baru
  • Saiz dada yang sangat kecil dan paru-paru yang tidak membesar dengan sempurna

Jenis Ketiga: Biasanya tidak diwarisi

  • Tulang rapuh sejak dari lahir
  • Kehilangan pendengaran
  • Longgar sendi dan perkembangan otot yang lemah pada kaki dan tangan

Jenis Keempat: Jenis sederhana, biasanya dikesan dari susur galur keluarga.

  • Keretakan tulang dengan mudah – biasanya sebelum baligh
  • Mungkin akan mempunyai masalah gigi atau tidak
  • Tulang belakang bongkok
  • Longgar sendi

 

Apakah punca Osteogenesis Imperfecta?

Kebanyakan penghidap mewarisi penyakit ini secara keturunan dan ia boleh dikesan daripada sejarah keluarga.

Sehingga kini tiada sebarang rawatan yang boleh digunakan untuk merawat penyakit ini.

 

 

Artikel Lain Untuk Di Baca