Orang Yang Suka Tidur Lewat Tetapi Bangun Awal Akan Cepat Mati

Kata penyelidik, golongan yang kerap berjaga sehingga lewat malam dan bangun tidur awal berisiko meninggal dunia lebih cepat.

Tinjauan ke atas lebih 430,000 orang di Britain mendapati bahawa mereka yang tidur lewat berisiko 10% meninggal dunia dalam masa 6 tahun tempoh kajian berbanding golongan yang tidur lebih awal. Sementara golongan yang berjaga malam mungkin mengalami gangguan psikologi, diabetes dan masalah perut serta pernafasan. Hal ini kerana, mereka cuma tidur beberapa jam pada waktu malam.

“Ini adalah isu kesihatan umum yang tidak boleh dipandang ringan,” kata penulis kajian, Malcolm van Schantz dari Universiti Surrey.

Katanya lagi, golongan seperti itu sepatutnya dibenarkan memulakan dan menyelesaikan kerja mereka lebih awal.

“Mereka yang menahan tidur sehingga awal pagi berisiko menghadapi masalah kesihatan,” kata penulis, Kristen Knutson dari Universiti Northwestern di Chicago. Kedua-duanya mengumpulkan maklumat hampir setengah juta individu berusia 38 hingga 73 tahun daripada pangkalan data awam.

Kami kongsikan 6 punca dan cara mengatasi masalah susah tidur malam. Antaranya adalah:

1. Tidur Dengan Lampu Terpasang

Meskipun anda berasa dapat tidur dengan lena jika lampu terpasang, namun sebenarnya tidak. Apabila lampu terpasang, badan anda secara automatik akan berjaga sepanjang malam. Sebab itu badan tidak dapat cukup rehat yang diperlukan.

Cuba belajar tidur dalam suasana yang kurang terang. Lagi gelap lagi bagus. Jika anda tidur dalam keadaan gelap, ia dapat menghindari anda daripada masalah kesihatan seperti obesiti, kanser payudara, tekanan darah tinggi, diabetes dan lain-lain lagi.

2. Berfikir Sebelum Tidur

Apabila anda banyak berfikir perkara remeh-temeh sebelum tidur, tanpa disedari anda akan memikirkannya meskipun dalam separa sedar. Pastikan fikiran anda betul-betul kosong daripada memikirkan masalah-masalah tersebut sebaik berbaring atas katil.

3. Minum Kopi/Teh Sebelum Tidur

Kafein dalam kopi dan teh merangsang otak menjadikan anda sukar tidur. Untuk mengelakkan masalah susah tidur anda boleh amalkan minum susu panas sebelum tidur kerana ia dapat memudahkan anda lena.

4. Leka Dengan Gajet

Apabila anda terlalu fokus dengan gajet di atas katil, tanpa disedari anda telah terlajak masa tidur yang sepatutnya. Sebelum anda masuk tidur, anda harus pastikan semua perkara sudah diselesaikan. Letak gajet anda jauh daripada katil agar ia tidak mengganggu waktu tidur.

5. Tidur Dalam Keadaan Panas

Tidur dalam keadaan panas juga menyebabkan anda akan mengalami masalah susuh untuk tidur. Jika boleh, jangan masuk tidur dalam keadaan bilik yang masih berbahang dan panas. Jangan kedekut buka penghawa dingin kerana takut bil yang tinggi.

6. Minum Air Yang Banyak

Waktu siang memang digalakkan minum banyak air untuk mengatasi rasa hidrat dalam badan akibat berpeluh. Namun, pada waktu malam anda digalakkan untuk minum sedikit air sahaja. Jika terlalu banyak minum air, tidur asyik terganggu sebab kerap pergi ke bilik air.

Tidak terlambat untuk anda ubah diri. Malam adalah waktu untuk anda rehat. Menikmati tidur yang berkualiti menjadikan anda lebih segar dan dapat meningkatkan taraf kesihatan badan.

Artikel Lain Untuk Di Baca