Orang Ramai Bingung Bagaimana Suspek Utama Macau Scam Boleh Terlepas Dari Tahanan

Baru-baru ini, kehilangan seorang lelaki bergelar Datuk Seri yang juga merupakan suspek utama sindiket pengubahan wang haram ataupun lebih dikenali sebagai Macau Scam ini sebaik sahaja dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin lalu telah menimbulkan seribu tanda tanya dalam kalangan warganet.

Beliau dilaporkan telah berjaya meloloskan diri dari tahanan dengan memanjat pagar di belakang bangunan SPRM. Insiden itu telah menimbulkan tanda tanya apabila orang ramai membuat andaian bahawa suspek yang menjadi dalang dan dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu sama ada dilarikan atau dibantu pihak tertentu.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) iaitu Datuk Nadzim Johan berkata kejadian aneh itu dibimbangi boleh menyebabkan kredibiliti PDRM dan SPRM dipertikai masyarakat.

Datuk Nadzim Johan. Sumber: The Vocket

“Adakah prosedur operasi standard (SOP) ketika penyerahan suspek dipatuhi sepenuhnya atau tidak? Seperti kes Macau Scam ini, PPIM sudah bawa selama bertahun-tahun. Apa jaminan kes ini akan diambil perhatian dan tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan?

Kita letak kepercayaan kepada penguatkuasa tetapi susahlah sekiranya ada apa-apa yang tidak betul berlaku apatah lagi apabila individu disyaki terbabit dengan kes berprofil tinggi,” katanya.

Sementara itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati rata-rata warganet turut tertanya-tanya bagaimana insiden tersebut boleh berlaku sedangkan pagar di belakang bangunan SPRM tinggi:

Dalam pada itu, Nadzim turut berkata bahawa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin perlu memberi perhatian kepada perkara ini kerana ia boleh menjejaskan imej badan penguatkuasa yang diberi amanah besar.

Pada waktu artikel ini ditulis, pihak PDRM dan SPRM masih belum mengeluarkan maklum balas berhubung kejadian berkenaan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca