Orang Muda Juga Boleh Memperolehi Penyakit Demensia

DEMENSIA atau lebih dikenali sebagai penyakit nyanyuk dalam kalangan masyarakat sering dikaitkan dengan mereka yang sudah berumur. Kerap kali kita menyangkakan serangan itu terjadi apabila kita sudah tua.

Hakikatnya, jika kita menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan juga mempunyai tahap kolesterol yang tinggi, kita juga terdedah kepada risiko serangan.

Demensia adalah sejenis penyakit otak yang progresif. Ia boleh membawa kepada penurunan dalam menjalankan aktiviti harian dan boleh menyebabkan pesakit memerlukan penjagaan masa panjang.

Sebahagian dari pesakit demensia kurang atau tidak berupaya melakukan aktiviti-aktiviti harian. Mereka juga sukar untuk menyelesaikan masalah atau mengawal emosi.

Tanda-tanda dan gejala

– Hilang daya ingatan yang menyebabkan masalah dalam pekerjaan atau perjalanan kehidupan harian.

– Masalah dengan aktiviti yang biasa dilakukan, seperti memasak, mandi dan mengenakan pakaian.

– Sukar mencari perkataan yang mudah, sukar menerangkan sesuatu, atau kerap mengulangi percakapan (echolalia).

– Masalah dalam orientasi, contohnya kerap hilang arah walaupun di kawasan yang biasa dilalui.

– Hilang keupayaan membuat penilaian.

– Meletak barang di tempat lain atau kerap tertinggal barang.

– Perubahan emosi secara tiba-tiba, biasanya dengan tidak bersebab.

– Mengalami perubahan dalam tingkah laku.

– Perubahan dalam perwatakan, daripada seseorang yang peramah kepada seseorang yang cepat marah, cemburu atau penakut.

Pada masa ini demensia tidak boleh diubati, tetapi pembelajaran dan sokongan kepada pesakit dan penjaga pesakit demensia dapat membantu dalam mengawal sesetengah gejala penyakit. Ada terdapat beberapa jenis ubatan yang boleh menolong dalam mengawal gejala dan meningkatkan fungsi kognitif. Ada juga ubatan yang digunakan untuk merawat psikosis, kemurungan dan masalah emosi.

Jika anda merasakan seperti terdapat tanda-tanda Demensia pada diri. Anda boleh membuat pemeriksaan di hospital terdekat.

Sumber: MyHealth

Artikel Lain Untuk Di Baca