Orang Islam Ucap ‘Merry Christmas’, Ini Teguran Cara Baik Aaron Aziz

Selepas tular isu orang islam mengucapkan Merry Christmas telah memanggil selebriti popular, Aaron Aziz untuk memberi teguran secara baik berkenaan perkara itu.

Menerusi satu muat naik video dalam Instagram, beliau berkata ucapan tersebut tidak sepatutnya diungkapkan orang Muslim memandangkan tindakan sebegitu satu yang dilarang dalam agama.

“Mungkin ramai yang tidak sedar setiap kali tibanya 25 hari bulan Disember bila kalian ucapkan Merry Christmas kepada sesiapa, atau memuat naik ataupun ucapan buat kawan bukan beragama Islam.

“Kalian sedar atau tidak yang tindakan tersebut adalah sangat-sangat dilarang Allah.

“Hal ini kerana, kalau kita ucapkan Merry Christmas maksudnya, engkau terima kepercayaan mereka di mana Nabi Isa adalah anak kepada Allah,” katanya.

Sumber: Gempak

Pelakon kelahiran Singapura menjelaskan, sekiranya sekadar nak ucap selamat tahun baharu, tidak menjadi satu masalah.

“Sekadar nak ucap selamat tahun baharu atau season greeting (ucapan perayaan) okey, tapi jangan sampai cakap Merry Christmas.

“Itu bukan cara kita sebagai seorang Muslim. Itu sahaja nak kongsi sebab mungkin ramai yang tidak sedar,” ujarnya.

Sumber: 8 Days

Menerusi kapsyen video terbabit, beliau memohon maaf sekiranya teguran itu mengguris hati mana-mana pihak.

“Minta maaf kalau teguran saya ini mengguris hati sesiapa. Sekadar teguran buat kalian. Mungkin tak sengaja atau dah jadi kebiasaan. Saya hanya nak yang terbaik buat kalian,” coretnya.

Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca