Orang Asli Berang Dituduh Rogol Nora Anne, Zikri Armstrong Mengaku Tidak Bersalah

Gara-gara memuat naik dakwaan bahawa gadis Ireland, Nora Anne dirogol orang Asli di laman Twitter, seorang pegawai pemasaran telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Individu di sebalik akaun bernama Zikri Armstrong iaitu Muhammad Zikri Ibrahim yang berusia 29 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Noorasyikin Sahat.

Tertuduh didakwa mengaibkan dan membuat kenyataan yang boleh membangkitkan kemarahan masyarakat orang Asli dengan sengaja.

“Perogol Nora Anne adalah orang asli. Police will never find the killer because most orang Asli still don’t have IC or any sort of citizen data. Bet me,” coretnya di laman sosial tersebut.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekiranya sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Syazwan Mohd Salleh.

Terdahulu, Julia telah menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin kepada tertuduh namun Muhammad Syazwan memohon mahkamah memberikan jaminan rendah terhadap anak guamnya atas alasan tertuduh bakal berkahwin pada bulan Disember ini dan bapa tertuduh akan menjaminnya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 September depan untuk sebutan semula kes.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca