One Night In JB Bakal Jadi Pentas Terakhir Andy Bersama Flop Poppy?

Siapa je yang tidak kenal dengan Flop Poppy? Rata-rata ramai dalam kalangan kita pasti pernah dengar dan menyukai lagu-lagu mereka. Antaranya adalah Cinta, Aku & Kamu, Rest of My Life, Atas Nama Cinta dan banyak lagi.

Band yang dibarisi oleh Andy selaku vokalis, Mijie dan Megat ini pada tahun lepas telah membuat persembahan Rona Bunyi: Flop Poppy – Rest Of My Life di Panggung Asia, Kuala Lumpur pada Ogos 2018. Mereka juga dalam persiapan untuk mengadakan konsert One Night In JB pada 2 Mac 2019 nanti.

Antara kejayaan mainstream Flop Poppy adalah apabila layak ke final AJL ke-17 menerusi lagu Cinta. Selain itu, Andy turut layak ke final AJL ke-22 melalui lagu duet bersama Misha Omar dengan lagu Sembunyi.

Melalui satu hantaran Facebook, Andy Flop Poppy mengejutkan ramai peminat dengan statusnya yang berbunyi:

“Assalamualaikum
Sadly to announce that 2nd march 2019 ‘one night in JB’ will be my finale performance with my beloved Flop Poppy..
Senang cakap last concert lah…info and details of the concert will be out soon
May Allah swt bless us all
Its been a great journey..
And tq for the support
For the rest of my life
Love and respect.”

“Sedih bang.”

“Fokus benda lain pulak la. Asyik dunia je. FP (Flop Poppy) is not the only thing I have to do in this world. Yang penting silaturrahim.” – Andy.

“It’s nice to get to do what I want to do.” – Andy.

Daripada balasan komen oleh Andy, beliau memberi mesej yang beliau berundur untuk fokus kepada ‘perkara lain’. Apa yang boleh kami katakan, beliau turut mahu ‘melaburkan’ lebih masa untuk keluarga dan ‘saham akhiratnya’.

Apa pun, kami mendoakan Andy akan terus diberikan kesihatan dan kesejahteraan serta berjaya dalam apa saja yang beliau usahakan. Terima kasih untuk lagu-lagu yang cukup segar sepanjang Andy dan Flop Poppy berkarya. Kami membesar dan dewasa bersamanya.

Dirgahayu Andy Flop Poppy!

Foto: FB Flop Poppy One Night In JB

Artikel Lain Untuk Di Baca