Olivia Rodrigo Membawa Perasaan ‘Dejavu’ Di Anugerah Grammy 2022 Ke Zaman Taylor Swift Terjatuhkan Pialanya

Olivia Rodrigo, penyanyi baharu berumur 18 tahun berjaya memenangi tiga anugerah dalam Grammy Awards 2022. Penyanyi muda ini tercalon dalam tujuh kategori dan telah memenangi Anugerah Penyanyi Baharu Terbaik, Persembahan Pop Solo Terbaik dan Vokal Pop Album Terbaik. Pencapaian Olivia dengan album pertamanya ini sangat luar biasa.

Sumber: Getty Images

Seperti peminat tahu, Olivia adalah peminat tegar Taylor Swift. Kejayaan Taylor menjadi inspirasi untuk Olivia menulis lagu tentang kehidupannya. Taylor juga pernah komen di Instagram Olivia mengatakan dia sangat bangga dengan pencapaiannya. Olivia membuat video pendek tentang betapa terujanya Taylor menyokong kejayaan muziknya.

Pada Grammys tahun ini, Olivia telah melakukan perkara yang sama dengan idolanya secara tidak sengaja. Taylor pernah terjatuhkan satu piala Anugerah Grammys pada tahun 2010 dan Olivia juga telah melakukan perkara yang sama ketika bergambar.

Dia juga terjatuhkan pialanya sehingga terpatah dua. Persamaan ini segera dikesan oleh peminat-peminat mereka dan kejadian ini menjadi satu memori gembira buat mereka.

Sumber: Getty Images

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca