Menurut kajian purata masyarakat Malaysia mampu hidup sehingga 75 tahun. Untuk hidup lebih lama pemakanan dan gaya hidup yang sihat haruslah diamalkan. Namun sekiranya anda mengamalkan Okinawa diet mungkin akan akan dapat hidup lebih lama bahkan sehingga 100 tahun! Lama bukan? Jom ketahui apa rahsianya!
Okinawa yang merupakan sebuah pulau yang terletak di Kepulauan Ryukyu, Jepun dikatakan sebagai kawasan yang mempunyai jangka hayat tertinggi di dunia. Penduduk Okinawa mempunyai purata hidup sehingga lebih 100 tahun iaitu 5 kali ganda lebih tinggi berbanding kawasan lain di Jepun.
Apa itu Okinawa Diet?

Okinawa diet merupakan sejenis diet yang diamalkan oleh masyarakat Jepun dengan cara melebihkan makanan yang kaya dengan sayuran berwarna hijau, kuning dan oren. Selain itu juga mereka menggantikan nasi dengan ubi keledek ungu.
Pengambilan produk tenusu, makanan laut dan daging diambil dalam kuantiti yang sedikit dan mereka memperbanyakkan pengambilan kekacang dan soya.

Secara keseluruhannya penduduk Okinawa mengambil kurang 30% gula dan kurang 15% gandum berbanding penduduk Jepun yang lain. Disamping mengamalkan Okinawa diet, penduduk Okinawa juga mengamalkan budaya Hara Hachi Bu.
Hara Hachi Bu
Hara Hachi Bu bermaksud berhenti sebelum kenyang atau berhenti makan apabila perut sudah 80% penuh. Antara kebaikannya ialah supaya perut tidak terlalu kenyang sehingga malas untuk membuat kerja. Lagipun bukankah berhenti makan sebelum kenyang itu sunnah Rasulullah S.A.W.? Pastinya ada kebaikan jika diamalkan.
Jadi untuk anda yang ingin hidup sihat tu, apa kata amalkan Okinawa diet? Pastinya anda tampil awet muda dan sihat sentiasa!
Sumber: Hello Doktor