Obses Terhadap Warna Pink, Wanita Ini Ubah Suai Rumah Pusaka Bertemakan ‘Hello Kitty’

Seorang wanita bernama Hamidah Abdul Rahim yang berumur 48 tahun ini sangat meminati Hello Kitty dan telah mengubah suai rumahnya yang usang menjadi sebuah istana fantasi.

Luaran rumah kayu itu bukan sahaja di cat dengan warna pink tetapi di bahagian dalam juga turut menggunakan tema yang sama. Rumahnya itu terletak di Kampung Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak.

Setiap bahagian di dalam rumah itu juga dipenuhi dengan barangan Hello Kitty yang menjadi tarikan sebaik sahaja melangkahkan kaki ke rumah itu.

Hamidah juga mengatakan bahawa dia sememangnya meminati semua barangan berwarna pink serta Hello Kitty dari dahulu hingga ke hari ini.

Rumah pusaka yang berusia lebih 100 tahun itu telah diamanahkan kepadanya. Oleh kerana itu, dia telah mengambil keputusan untuk mengubah hiasan rumah tersebut dengan warna pink.

Hamidah juga memberitahu bahawa ia berada dalam keadaan yang usang ketika dia tinggal di rumah itu tiga tahun yang lalu. Malah, proses untuk mengubah suai rumah pusaka ini juga dilakukan secara berperingkat.

Dia yang bertugas sebagai deejay di sebuah pusat beli-belah di ibu negara memberitahu bahawa dia telah berbelanja sebanyak RM10,000 untuk membeli barang bagi menghias rumah itu.

Walaupun Hamidah tidak menetap di situ, dia dan keluarga akan pulang ke Kuala Kangsar sebulan sekali untuk menjenguk keadaan rumah pusaka itu.

Kegilaannya terhadap perkara ini turut terpalit kepada keluarganya apabila kesemua mereka mengenakan pakaian berwarna pink ketika sambutan Aidilfitri lalu.

Semua biskut raya yang dihidangkan kepada tetamu juga turut berwarna pink.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca