Obses Hidup Berjimat Sampai Sanggup Cari Makanan Dalam Tong Sampah, Ini Kisah Kate Hashimoto

Kate Hashimoto dari New York, Amerika Syarikat membongkarkan rahsia bagaimana beliau mampu bertahan dengan perbelanjaan bulanan $200 (RM832) walaupun tinggal di salah satu bandar termahal di dunia.

Menerusi rancangan TLC Extreme Cheapskates, akauntan itu mendedahkan bahawa beliau sudah menetap di New York selama tiga tahun dan mempunyai cara tersendiri untuk berjimat.

Sumber: Irish Mirror

Kate menyatakan bahawa beliau tidak akan mengeluarkan wang melainkan keperluan mendesak. Beliau juga dipercayai lebih selesa untuk mencari makanan dalam tong sampah bagi mengelakkan untuk membuat perbelanjaan.

“Sekiranya saya perlu mengeluarkan wang, saya cuba untuk mengelak. Saya akan cuba membayar seminimum mungkin,” ujarnya.

Berbicara lanjut tentang kehidupannya di rumah, beliau mengamalkan kehidupan yang minimalis dan unik. Kate akui bahawa beliau tidak pernah membeli perabot sebaliknya menggunakan perkakas rumah yang dibuang dalam tong sampah di tepi jalan berhampiran pangsapurinya. Meja makan beliau dialas dengan susunan buku dan majalah lama sahaja.

Sumber: Kosmo

“Saya menghiasi rumah dengan mengambil perabot-perabot yang dibuang oleh jiran sebelum lori sampah datang mengangkutnya. Tindakan berkenaan membolehkan saya jimat beberapa ribu dolar untuk membeli perabot baharu,” jelasnya.

Namun, apa yang lebih mengejutkan ramai adalah Kate membuat pendedahan sudah lebih lapan tahun sejak beliau membeli pakaian baharu. Tambah Kate lagi, kali terakhir beliau membeli pakaian dalam baharu adalah pada tahun 1998.

Kate juga tidak berminat untuk membeli tisu kerana tidak mahu menghabiskan wang terhadap sesuatu barang yang akan dibuang sebaliknya beliau akan mengitar semula tisu yang telah digunakannya di tandas awam selepas menggunakan alat pengering tangan.

Akauntan itu juga dilaporkan tidak berbelanja di dobi kerana perlu mengeluarkan wang sendiri sebanyak $3 (RM12.51) sebaliknya akan menggunakan tandas awam untuk membasuh sendiri pakaian beliau.

Walaupun bergelar akauntan bertauliah, Kate tidak mengeluarkan wang sendiri untuk membeli makanan sebaliknya beliau menyamar untuk menjadi gelandangan pada waktu malam untuk menyelongkar beg sampah di luar restoran atau pasar raya di kawasan kejiranan.

Menerusi pencarian Kate di tong sampah, beliau selalunya menemui banyak makanan berkualiti tinggi termasuk makanan organik dan makanan yang sudah siap dimasak.

Sumber: Irish Mirror

Walau bagaimanapun, Kate menjelaskan bahawa beliau hanya mengambil makanan yang berada dalam keadaan tertutup bagi mengelakkan daripada termakan kotoran.

Dalam pada itu, kehidupan Kate yang obses dengan berjimat membolehkan beliau hanya berbelanja sebanyak $200 (RM834) sebulan berbanding kos sebenar iaitu $1,300 (RM5,423).

Gaya hidup Kate nyata membuatkan orang ramai terkejut dan tidak dapat membayangkan kehidupan seharian akauntan berkenaan yang terlalu obses dengan berjimat dan tidak menggunakan wang sendiri.

Anda boleh tonton video penuh di bawah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca