Nyawa Seorang Remaja Melayang Selepas Telefon Pintar Meletup Ketika Sedang Tidur

Nyawa seorang remaja di Kazakhstan melayang apabila telefon pintarnya yang ketika itu berada di atas bantal meletup sewaktu dia sedang tidur.

Remaja yang dikenali sebagai Alua Asetkyzy Abzalbek itu dipercayai tidur sambil mendengar muzik. Dia ditemui mati di rumahnya selepas bateri telefon berkenaan meletup berdekatan dengan kepalanya.

Difahamkan, peranti tersebut telah dipasang ke soket kuasa lalu menyebabkan bateri telefon tersebut meletup. Perkara ini disahkan sendiri oleh pihak polis.

Akibat letupan tersebut, mangsa yang berusia 14 tahun itu mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala.

Menurut pakar forensik, telefon bimbit itu meletup pada awal pagi kerana terlalu panas

Walau bagaimanapun, jenama telefon pintar itu tidak didedahkan kepada umum. Kematian remaja itu digambarkan sebagai kemalangan yang cukup tragis.

Sementara itu, sahabat baik kepada Asetkyzy iaitu Ayazhan Dolasheva turut berkongsi kesedihan atas kehilangan sahabatnya di media sosial.

“Saya masih tidak percaya. Awak adalah rakan yang terbaik. Kita telah bersama sejak zaman kanak-kanak lagi. Sukar untuk saya bila awak dah tiada. Saya sangat rindukan awak. Awak telah meninggalkan saya selama-lamanya,” coretnya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca