Nyaris Maut Ketika Tidur, Bumbung Rumah Wanita Ini Ditembusi Meteor

nyaris-maut-ketika-tidur-bumbung-rumah-wanita-ini-ditembusi-meteor

Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila dirinya nyaris maut ketika satu meteor tiba-tiba jatuh menembusi bumbung rumahnya di Kanada dan jatuh ke atas katil.

Ruth Hamilton berasal dari Golden, British Columbia itu terkejut lalu terjaga dari tidurnya selepas mendengar bunyi dentuman yang amat kuat.

Dia mendapati terdapat debu pada wajahnya sebaik sahaja bangun dari tidur dan terus memasang lampu bilik berkenaan.

Dia kemudiannya terkejut apabila terdapat seketul bongkah batu berada di atas katilnya. Bukan itu sahaja, malah bumbung rumahnya juga turut rosak disebabkan bongkah batu tersebut.

nyaris-maut-ketika-tidur-bumbung-rumah-wanita-ini-ditembusi-meteor
Sumber: Kompas

Tanpa berfikir panjang, Ruth segera menghubungi talian kecemasan 911 untuk mendapatkan bantuan. Memetik laporan portal Nangtime.

Difahamkan, pada mulanya Ruth dan seorang pegawai telah membuat panggilan untuk mengetahui sama ada serpihan itu datang dari tapak pembinaan di Kicking Horse Canyon yang berhampiran.

Namun, mereka dimaklumkan oleh pihak pengurusan projek bahawa tidak ada sebarang letupan dilakukan ketika kerja pembinaan berlangsung.

Bagaimanapun, pihak pengurusan projek telah mendakwa bahawa mereka terlihat satu cahaya terang di langit dan menjadi punca dentuman kuat itu berlaku.

Akhirnya, mereka menyimpulkan bahawa bongkah batu yang jatuh ke dalam rumah Ruth itu berkemungkinan meteorit.

Bukan sahaja itu malah, terdapat sekumpulan orang telah menyaksikan satu lintasan meteor di sebuah tasik yang terletak kira-kira 83 kilometer dari rumah Ruth.

Sehubungan dengan itu, syarikat yang digunakan oleh Ruth pula telah memaklumkan bahawa satu pemeriksaan akan dijalankan untuk mengetahui sama ada kejadian tersebut terkandung dalam pakej insurans atau tidak.

Hal ini kerana mereka tidak pernah lagi berhadapan dengan situasi meteor jatuh menembusi bumbung rumah seperti yang dialami oleh Ruth Hamilton.

Lanjutan mengenai batu meteorit yang jatuh ke rumahnya itu, Ruth memberitahu bahawa dia bercadang untuk menyimpannya dan ditunjukkan kepada anak cucu kelak.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca