Nyanyian Ultras Malaya Untuk Thailand Raih Perhatian FIFA

Walaupun skuad bola sepak Malaysia tewas 0-3 dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 semalam, namun ada peristiwa menarik yang berlaku kepada penyokong Malaysia di Stadium Thammasat.

Sejurus tamat perlawanan, kumpulan penyokong Malaysia ‘Ultras Malaya’ telah dilihat menyanyikan lagu ‘Sawadikap Hey Hey Hey Thailand’ di hadapan pemain-pemain Thailand.

Nyanyian tersebut diiringi tepukan oleh barisan pemain Thailand termasuk ketua pasukan Thailand, Theerathon Bunmathan serta pengurus pasukan, Nualphan Lamsam atau Madam Pang

Ini bukan kali pertama lagu tersebut dimainkan buat skuad Gajah Perang. Ultras Malaya turut menyanyikan lagu tersebut selepas Malaysia berjaya menewaskan Thailand 2-1 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 pada 2019.

Video tersebut bukan sahaja menarik perhatian peminat bola sepak di Asia Tenggara, malah ianya juga meraih pujian Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). FIFA telah berkongsi video tersebut dengan mengatakan bahawa ianya sangat indah.

“Pertunjukan yang indah. Peminat Malaysia menunjukkan rasa hormat mereka kepada pemain Thailand selepas tewas kepada mereka dalam perlawanan Piala AFF Mitsubishi Electric,” kongsi FIFA.

Video nyanyian Ultras Malaya itu telah meraih hampir 247,000 tontonan dan dijangka jumlah tontonan video tersebut akan terus meningkat dari hari ke hari sehingga tamat kempen Piala AFF nanti.

Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca