Nyanyi Lagu 1D Kali Kedua Di Instagram, Zayn Malik Buat Peminat Teruja

Zayn Malik memuat turun video baharu dengan menyanyikan lagu, ‘Night Changes’ oleh bekas kumpulan muziknya iaitu One Direction(1D).

Sumber: Fandom

1D merupakan kumpulan muzik dari tahun 2010 hingga 2015. Kumpulan tersebut ditubuhkan dari rancangan televisyen, ‘The X Factor’. Kumpulan tersebut mempunyai penyokong yang amat luar biasa di seluruh negara dan 1D masih terkenal sehingga kini.

Seperti yang ramai tahu, Zayn Malik adalah ahli yang pertama meninggalkan kumpulan tersebut untuk mengembangkan bakatnya secara solo.

Pada tahun 2016, 1D dibubarkan secara rasmi dan ahli-ahli lain, Harry Styles, Louis Tomlinson, Niall Horan dan Liam Payne juga bergerak secara solo dengan style lagu mereka sendiri

Kira-kira dua bulan lepas, Malik ada mencuri perhatian semua peminat 1D dengan videonya di Instagram dengan nyanyian lagu ‘You and I” oleh 1D.

Dalam video yang dikongsinya pada bulan Jun itu, Malik menyanyikan bahagian nyanyiannya dalam lagu ‘You and I’ dalam nada tinggi yang diminati ramai.

Sumber: Instagram, @zayn

Peminat tidak putus kongsikan kerinduan mereka pada kumpulan tersebut dan kehadiran Malik dalam 1D.

Hari ini, Malik melakukan perkara yang sama tetapi dengan durasi video yang lebih panjang dengan nyanyiannya yang merdu secara akustik.

Malik sekali lagi menimbulkan rasa teruja pada peminat-peminat 1D di Instagramnya. Video tersebut sudah mencecah 7 juta likes dalam masa empat jam pertama.

Sumber: Instagram, @zayn

“Zayn menyanyi lagu-lagu 1D pada tahun 2022 ialah perkara tebaik yang telah berlaku,” kata salah seorang peminat yang komen.

“Jika saya ada satu nikel untuk setiap kali Zayn nyanyikan lagu One Direction dalam tahun 2022, saya boleh dapat dua nikel. Tidak banyak tetapi pelik kerana ia telah berlaku dua kali” salah satu kongsian perasaan dari peminat di ruangan komen.

Dalam nostalgia ini juga, mestilah akan ada yang berharap bahawa kumpulan ini akan besatu semula atau melakukan satu reunion untuk peminat 1D. Peminat kini hanya hargai kejadian yang berlaku (cherish the moment) dan harap yang terbaik untuk semua ahli One Direction.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca