Nur Sajat Umum Bakal Muncul Dalam The Ellen Show Januari Depan

Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat mengumumkan secara spontan menerusi akaun Tiktok miliknya bahawa dia bakal muncul dalam The Ellen Show pada Januari depan.

Dalam video yang berdurasi 44 saat itu, Nur Sajat menjawab pertanyaan daripada pengikut berkenaan perancangannya ingin datang ke Singapura.

Nur Sajat, 36, berkata dia mendapat undangan daripada program yang dikendalikan bintang Hollywood, Ellen Degeneres dan dijangka akan terbang ke Amerika Syarikat pada Januari depan.

“Saya akan ke AS pada Januari, kemudian barulah ke Singapura pada Februari, tahun depan.

“Saya diundang untuk temubual menerusi program bual bicara Hollywood, The Ellen Show. Saya juga sudah mula pandai bercakap orang putih. Jadi, saya akan terbang, terbang dan terbang, itulah kerja saya,” umumnya sambil ketawa.

Nur Sajat dijangka terbang ke Amerika Syarikat pada Januari depan untuk memenuhi undangan ke program bual bicara The Ellen Show. Sumber: Berita Harian

Sejak 18 Oktober, usahawan kontroversi itu menetap di Australia setelah mendapat suaka politik. Semalam, Nur Sajat mendapat peluang untuk ditemuramah oleh BBC News.

Dalam temubual tersebut, Nur Sajat menegaskan dia tidak akan pulang ke Malaysia kerana dia berasa dirinya ditindas dan tidak boleh menjadi diri sendiri di sini.

“Saya tidak akan kembali ke Malaysia kerana tiada kedamaian. Apabila berada di Australia, saya lebih bebas sebagai transwoman,” katanya.

Pada 6 Januari lepas, dia telah didakwa di mahkamah atas pertuduhan menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina dalam satu majlis bacaan yassin dan solat hajat di premis kecantikannya, Nursajat Beauticon, pada 23 Februari 2018.

Dia dituduh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Nur Sajat kemudiannya dipercayai melarikan diri ke Thailand pada Mac lalu, ketika negara sedang berada di bawah fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Dia kemudiannya ditahan imigresen Thailand pada 9 September atas kesalahan memasuki negara tersebut secara tidak sah, namun dibebaskan pada 10 September dengan jaminan RM8,343 yang dilakukan seorang warga tempatan.

Pada Oktober lalu dia akhirnya memutuskan untuk terbang ke Australia.

Untuk baca artikel-artikel yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca