NUR Alert: Di Manakah Puteri Nurardiana Damia Qaisara?

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berkongsi satu posting di laman Facebook berkenaan National Urgent Response (NUR) Alert dalam usaha mengesan seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang di Bintulu, Sarawak.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Puteri Nurardiana Damia Qaisara Abdullah itu dipercayai kali terakhir dilihat di Kampung Baru Laut. Dia dikatakan memakai baju ungu dengan seluar pendek merah.

Difahamkan, laporan kehilangannya dibuat pada Sabtu.

Menurut kenyataan PDRM, Puteri Nurardiana Damia Qaisara yang berusia 6 tahun itu berketinggian 120 sentimeter dengan berat 18 kilogram, berkulit cerah dengan rambut lurus paras bahu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Inspektor Diana di talian 019-6369984 atau IPD Bintulu di +6086-318304.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca