Saat artikel ini ditulis, dunia sedang berhadapan dengan pandemik coronavirus atau COVID-19 yang mengganas dan menjangkiti kira-kira lebih 1 juta orang di seluruh dunia.
Bagi mengekang penularan wabak ini, pelbagai usaha dilakukan seperti kuarantin, mengehadkan pergaulan, kawalan pergerakan, mencari penawar dan sebagainya. Membaca berita tentang virus, melihat kegigihan saintis dan pasukan perubatan bekerja serta menjalani kehidupan yang terasing ini terasa seperti hidup dalam novel sains fiksyen.
Pada tahun 2005, seorang novelis bernama Peter May telah menulis sebuah buku bertajuk ‘Lockdown’ yang menceritakan pandemik di peringkat global, tanpa mengetahui yang fiksyen itu menjadi realiti 15 tahun kemudian.
Bagaimanapun manuskrip tersebut telah ditolak oleh beberapa orang penerbit pada masa itu kerana dikatakan “tidak realistik”. Akhirnya buku tersebut diterbitkan pada tahun 2020 ini.
Novel thriller itu berlatarkan tempat di London yang menjadi pusat penularan pandemik sehingga kerajaan terpaksa mengeluarkan perintah berkurung.
Cerita tersebut bukan sepenuhnya lahir daripada imaginasi Peter sebaliknya dia turut menyelidik dan meneliti beberapa dokumen tentang pandemik yang melanda United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2002 untuk menjadikan karyanya realistik.
Sewaktu dia menulis buku tersebut, para saintis menjangkakan bahawa selesema burung akan menjadi pandemik dunia seterusnya. Peter berasa situasi itu amat menakutkan dan mendapat idea, bagaimana kalau pandemik itu bermula di London? Apa yang terjadi pada kota bila semua orang berkurung? Lalu terjadilah novel ini.

Gambar sekadar hiasan. Sumber gambar: Ichigo121212/Pixabay
Walaupun selesema burung dan coronavirus adalah dua penyebab pandemik yang berbeza, namun senario perintah berkurung yang diceritakan itu hampir mirip dengan situasi kini di mana orang ramai mengasingkan diri di tempat masing-masing bagi mengelakkan virus tersebut merebak.
Selepas ditolak beberapa kali oleh penerbit, dia menyimpan manuskrip itu selama beberapa tahun sehinggalah peminatnya di Twitter memintanya untuk tulis sebuah buku yang melawan coronavirus.
Selepas berfikir seketika, barulah dia tersedar yang dia ada tulis sebelum ini dan dah siap pun. Peter segera beritahu kepada penerbitnya dan editor yang dihubungi terjatuh dari kerusi bila dikejutkan perihal manuskrip itu.
“Bagus ni. Kita kena terbit sekarang juga.” kata editor pada keesokan paginya selepas semalaman membaca keseluruhan naskhah tulisannya.
Akhirnya novel ‘Lockdown’ itu boleh didapati di Amazon UK, dijual dalam format e-buku dan akan menemui pembaca dalam bentuk buku fizikal dan buku audio pada 30 April.
"Lockdown", a brand new Peter May thriller, is out this Thursday. The previously unpublished novel is set in a locked down London during a pandemic. A murdered child, a breathtaking conspiracy. Read about it in full on my FB author page: https://t.co/BDn3N29hiO pic.twitter.com/HXUPHeUMzp
— Peter May (@authorpetermay) March 31, 2020
Apabila lelaki berusia 68 tahun itu membaca semula karyanya, dia berasa creepy gila kerana apa yang ditulisnya itu- bagaimana situasi ‘lockdown’, orang ramai dilarang keluar rumah dan kehidupan susah itu hampir tepat dengan situasi sekarang.
Lagi artikel menarik yang boleh dibaca sempena PKP ini: