Novel Romantik Unsur Pedofilia, Caprice Tampil Beri Teguran

Tular berkenaan isu sebuah novel genre romantik, Darlingku Mr. Cold Mafia yang didakwa mempunyai unsur-unsur child grooming dan pedofilia sehingga tidak sesuai dibaca oleh remaja.

Berdasarkan petikan dialog yang ditulis dalam babak itu, terdapat beberapa ayat mempunyai bayangan yang tidak baik kepada pembaca.

Sumber: Facebook @Husna Adnan

Penyanyi rap, Caprice terpanggil untuk memberi respons mengenai isu tular ini. Caprice memberi reaksi terkejut berkenaan novel yang telah terjual lebih 5000 naskhah.

Sumber: Instagram @capricedaddycap

Caprice menjelaskan situasi ini menjadi antara punca menyebabkan jenayah seksual dalam kalangan remaja bawah umur yang semakin berleluasa hari ini

“Kalau korang terfikir kenapa terlalu banyak kes gangguan seksual yang melibatkan guru atau ustaz, ini kerana kita menormalisasikan perkara-perkara seperti ini,” ujarnya.

Sumber: mStar

Penyanyi rap itu juga berkata, novel ini ditulis oleh penulis wanita bukannya lelaki yang sering dikaitkan dengan fikiran kotor. Caprice menyeru budaya ini dihentikan tak kiralah dalam drama, filem ataupun buku kerana ianya salah.

Walau bagaimanapun, pihak Penerbitan Kaki Novel telah mengeluarkan kenyataan maaf berkenaan novel terbitan itu.

Sumber: Instagram @kakinovel_official

Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca